Pagi td soksek2 la pasal saman... sebab sekarang ada diskaun bagi pembayaran saman pdrm sehingga 15 disember... (sudah menyetelkan saman diri sendiri n encek hubby)... amik la perluang waktu nih terhadap diskaun yg diberikan... sebelum kena blacklist... kalau malas nk beratur panjang2 n berebut2 dpt kaunter polis traffic tuh.. dicadangkan bayar melalui myeg.. senang n mudah... tapi ramai yang amik ringan pasal saman PBT (termasuk la DBKL. MBSA)... sebab tak ader tindakan susulan yang diambil oleh pbt berkenaan...
then, opismate nih rajin plak fwd pasal isu nih...
SHAH ALAM: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menyerahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan apabila Akta JPJ 1987 dipinda.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman PBT atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam JPJ apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak.
Selain itu, katanya, pindaan juga akan mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya.
“Sebelum ini apabila kes dibawa ke mahkamah atau apabila terjadi situasi kenderaan disenarai hitamkan, alasan yang diberikan adalah pemilik tidak menerima notis saman, jadi melalui pindaan akta ini nanti mereka perlu memastikan alamat sentiasa terkini.
“Pelbagai cara disediakan bagi mereka memaklumkan alamat terkini kepada JPJ termasuk menerusi lama web organisasi itu, e-mel dan juga di pejabat pos. “Ada antara kita apabila menerima surat notis serahan untuk ambil di pejabat pos kerana tidak ada di rumah, tidak menghiraukannya kerana tahu ialah notis saman dari JPJ ataupun polis.
“Sehubungan itu, melalui pindaan akta ini kita akan menampal notis di rumah dan mengeluarkan notis di media.
“Pindaan ini mewajibkan pemilik kenderaan atau pemegang lesen memandu memaklumkan mengenai pertukaran alamat surat-menyurat mereka” katanya, semalam.

p/s: petikan dari Harian Metro (1 Okt 2010)
isu dibincangkan masa brekfes td...
ReplyDelete