Klik sini...

Waktu Solat

Wednesday, November 24, 2010

Alkohol dalam Makanan

Banyak diperkatakan oleh pengguna mengenai alkohol.


Post kali ini saya akan menceritakan apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan alkohol supaya kita memahami perkara ini dengan lebih baik.

Ramai yang berpendapat alkhol itu adalah arak, tapi bukan semua alkohol itu adalah arak.

Saya akan mengulasnya dari aspek sains dan teknologi.

Mengikut sejarah arak mula dibuat sebagai minuman pada 8,000-10,000 tahun dahulu (penemuan secara tidak sengaja dari penapaian grain/bijirin).

5,000 tahun dahulu mula dijalankan penanaman anggur secara besar - besaran sebagai bahan mentah untuk menghasilkan arak.

Pada abad ke 16- para 'chemist' menemui alkohol sebagai hasil dari "distillation".

Pada pertengahan abad ke-18 - alkohol baru dikenali sebagai bahan yang memabukkan dalam banyak minuman.

Mengikut Peraturan 361 (1) dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mendefinisikan Minuman beralkohol ialah likuour yang mengandungi lebih daripada 2% alkohol.

Dua jenis alkohol yang paling baik ialah :

1. Methyl alcohol (Methanol) atau alkohol kayu

2.) Ethyl alcohol (Ethanol) atau alkohol bijirin

Methyl alcohol (Methanol) tidak digunakan sebagai minuman kerana ia merupakan racun yang memudaratkan.

Manakala Ethyl alcohol (Ethanol) lazimnya digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Umumnya alkohol adalah berbahaya dan beracun.

Ia ada daya membunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan.


Alkohol mempunyai pelbagai kegunaan antaranya :

1. Sebagai minuman keras/Arak/Khamar -Najis

2. Sebagai Bahan Pelarut dalam Makanan

· Alkohol dicampurkan kepada makanan sebagai pengawet, warna penarik dan meningkatkan rasa perisa (campuran alkohol adalah terlalu sedikit)

· Contohnya dalam kek coklat, mirin, salad dressing dan sos makanan (Itali dan jepun)



3. Sebagai bahan pelarut (Solvent)

· Untuk "extract flavouring chemical" dalam tumbuh-tumbuhan

· Kosmetik dan ubat-ubatan

4. Sebagai bahan mentah

· Untuk membuat cuka


Alkohol ialah bahan pelarut yang amat baik kerana ia boleh larut dengan minyak, berbanding dengan air atau bahan-bahan lain.

Dalam minyak wangi, alkohol digunakan bagi tujuan untuk meruapkan bau dan sebagai bahan yang boleh mempastikan supaya air wangi itu tahan lebih lama.


Tahukah kita alkohol boleh dihasilkan melalui 2 cara pemprosesan?

1. Cara penapaian - dari tumbuh-tumbuhan seperti bijirin (grain) yang ditapaikan dengan menggunakan yis (yeast).

2. Cara kimia/industri - Tindakbalas antara 'ethylene' dengan air

Ada pelbagai jenis arak dipasaran, ia dibezakan dengan paras alkohol di dalamnya..

Kalau kita menonton cerita hollywood pernahkah kita terfikir kadang - kadang pelakon tersebut hanya meminum menggunakan gelas kecil dan ada juga gelas besar.


Antara jenis arak/akohol yang biasa ditemui :

1. Beer

· Diperbuat daripada penapaian bijirin atau bahan berkanji (jagung,gandum, barli)

· Kandungan etanol 3.2 - 4.0 %.


2. Wain



· Diperbuat daripada penapaian gula dari buah (anggur, pic, plum, aprikot)

· Paras etanol 7.1 - 14.0 %

3. Wiski

· Terhasil daripada penyulingan fermentasi jus dari bijirin (jagung dan barli)

· Paras etanol 40-75 %

4. Rum

· Hasil penyulingan penapaian gula molases atau jus tebu.

· Diperam selama 3 tahun

· Paras etanol 40-55%

· Mengikut resipi asal kek tiramisu menggunakan RUM sebagai bahan ramuan.


5. Brandy

· Hasil penyulingan penapaian jus buah

· 40-50% etanol

6. Gin


· Minuman tersuling. Gabungan alkohol, air dan pelbagai perasa.


7. Liquer


· Dihasilkan dengan penambahan gula dan bahan perasa (Buah, herba,bunga) kepada brandi atau air dan alkohol

8. Sake

· Minuman beralkohol dari Jepun yang diperbuat daripada penapaian nasi



Fatwa berkaitan dengan Alkohol:

Perkara : Alkohol menurut pandangan Islam 11-12 April 1984

a. Setiap minuman arak mengandungi alkohol

· Bukan semua alkohol itu dari arak

· Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya HARAM dan NAJIS, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi HARAM diminum.

b. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak (sedikit alkohol atau alkohol sulingan) adalah HARAM diminum.

c. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses membuat arak adalah halal.

d. Tapai halal dimakan

e. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan

f. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Wallahua’lam


p/s: Artikel ini diperoleh dari seorang sahabat untuk renungan semua... :)

8 comments:

  1. so, kek yg ada maybe wain(?)/alkohol(?) tu, halal ke tak? makanan yg ada mirin, halal ke tak?

    sori.. teringin btul nk tau. sbb suka mkn kek tp tak nak la mkn mknn haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tau, agak keliru.. sbb adik saya kerja kilang memproses perasa mnuman.. dan dia ckp ade penambahan alkohol untuk menguatkan bau dan melikatkan.. bagaimana yea?

      Delete
    2. Saya pun nak tau, agak keliru.. sbb adik saya kerja kilang memproses perasa mnuman.. dan dia ckp ade penambahan alkohol untuk menguatkan bau dan melikatkan.. bagaimana yea?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Saya pun nak tau, agak keliru.. sbb adik saya kerja kilang memproses perasa mnuman.. dan dia ckp ade penambahan alkohol untuk menguatkan bau dan melikatkan.. bagaimana yea?

      Delete
    5. Saya pun nak tau, agak keliru.. sbb adik saya kerja kilang memproses perasa mnuman.. dan dia ckp ade penambahan alkohol untuk menguatkan bau dan melikatkan.. bagaimana yea?

      Delete
  2. Hukumnya jelas HARAM kerana arak adalah HARAM dan NAJIS. Baik meminum @ memakan makanan yang mempunyai campurannya walaupun sedikit adalah HARAM.

    Baca huraiannya di laman Mufti Wilayah ini: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/659-bayan-linnas-siri-ke-116-hindari-bahaya-arak

    Jadi, jangan beli makanan @ minuman walaupun terpampang di situ perkataan "PORK FREE" sebelum dipastikan pengesahan halalnya dari pihak yang berautoriti.

    Sila nasihatkan kepada adik anda untuk mencari pekerjaan lain yang terjamin halalnya agar pekerjaannya dinilai ibadah di sisi Allah & tidak menyusahkan hidupnya di Akhirat kelak.

    Rasulullah SAW bersabda:

    “Setiap daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (HR. Thabrani)

    Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (HR. Imam al-Tirmidzi)

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Mereka gemar menggunakan alcohol atau lebih jelas lagi, ARAK di dalam pelbagai masakan mereka termasuk kek:
    https://www.google.com/amp/s/www.epicurious.com/expert-advice/how-to-use-alcohol-in-baking-article/amp

    Jadi, hati-hatilah wahai saudaraku-saudaraku, jangan mudah terpancing dengan label "PORK FREE".

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete