Klik sini...

Waktu Solat

Thursday, March 24, 2011

Pesakit mental penagih dadah di Kedah meningkat

24/03/2011 3:08pm


ALOR SETAR - Pesakit mental di kalangan penagih dadah turut meningkat di Kedah, kata seorang pakar perubatan.

"Pesakit mental yang disebabkan oleh pengambilan dadah semakin meningkat setiap tahun dan golongan remaja dan dewasa adalah yang terbanyak menghidap penyakit mental disebabkan pengambilan najis dadah,” kata Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Dr. Ahmad Rasidi M. Saring.

Beliau berkata, pengambilan dadah adalah antara faktor yang menyebabkan seseorang itu mendapat sakit mental selain faktor persekitaran, faktor individu itu sendiri dan faktor kesihatan diri seseorang.

Beliau berkata, ada juga penjawat awam yang mendapat rawatan mental tetapi mereka masih boleh bekerja seperti biasa. - Bernama


Sumber: http://www.kosmo.com.my

Monday, March 21, 2011

Resipi Nasi Ayam (Resipi turun termurun Yanaz)

Resipi Nasi Ayam nih dari opismate... Resipi turun temurun... Hari tuh sebb teringin sangat nak makan nasi ayam, tp tak pernah try... so minta la resipi kat opismate... bkn tak ader dalam internet... belanar... tp nk tau kaedah lebih specific... yer la.. kalau tgk kt internet tuh... kaedah pemahaman berdasarkan pahaman kt ajer... berbanding kalau kt bertanya terus kepada orang yang arif.. lg senang ilmu tu dpt... so, dpt resipi terus dr emak yana... thanks mak cik..

Nasi

1. Panaskan rice cooker, masukkan margerin 1 sudu besar.
2. Tumis halia yang sudah ditumbuk. goreng sampai berbau wangi. then, masukkan air (ikut sukatan nasi). kalau banyak.. banyak la.. kalau terlebih banyak takut nnt nasi ayam jadi bubur ayam plak! alahai...
3. Baru masukkan beras yang sudah dicuci...
4. Garam secubit..
5. Biarkan.. Macam masak nasi..


Sup

1. Letak minyak sikit.
2. Masukkan bawang kecil dan bawang putih.. Tumis sampai naik bau..
3. Masukkan rempah penumis... Tumis sampai naik bau wangi...
4. Masukkan tulang dan ayam...
5. Letak air lebih kurang 1 liter..
6. Garam secukup rasa...
7. Masak sehingga ayam empuk...

Ayam

1. Bahan: kicap, sos tiram, halia, bawang putih, bawang merah.
2. Kisar.
3. Perap dengan ayam at least 1/2 jam.
4. Cucuk ayam dengan garfu supaya meresap.
5. Goreng ayam.


Sos Cili

1. Bahan: tomato, cili besar, bawang putih,
2. Kisar.
3. Masaklah... Letak asam, garam dan gula..


Kicap

1. Pakai kicap kipas udang ajer... sedap...



Sayur

1. Bahan: Salad dan tomato... Hiris tomato nipis2..



Siap untuk dihidangkan... Jangan lupa baca bismillah... Kuantiti ayam dan beras ikut kepada bilangan orang yang nk makan...







Help Japan by donating RM10 or more to the Emergency Disaster Relief Fund with the Malaysian Red Crescent Society

Help Japan by donating RM10 or more to the Emergency Disaster Relief Fund with the Malaysian Red Crescent Society


Conditions

  • 100% of your donation will be channeled to the Malaysian Red Crescent Society to support the Japanese Red Cross Society (JRCS)
  • Where customers require a receipt for tax exemption purposes, please contact the Malaysian Red Crescent Society directly via email: suhana@redcrescent.org.my or fax: +603 4253 3191
  • Tax exemption is only applicable for donations of RM100 and above
  • Credits can't be used on this deal
  • Once this deal ends, all contribution would be passed on to the Malaysian Red Crescent Society



Highlights

  • No expiry date for relief efforts such as this!




redcrossinside

On 11 March 2010, an 8.9 magnitude earthquake struck Japan. At least 1300 deaths have been reported and thousands more are unaccounted for. The full effect of the earthquake’s force has not been fully understood but reports have shown severe devastation to people and land; houses wiped out, food rationing declared, telecommunications cut off and thousands are left stranded. With history repeating itself, the disastrous nature of such catastrophe was just too shocking for the victims and for us who stood restless, watching from afar.

We can do something about it.

redcrossinside2

Here, at Milkadeal.com, we are urging the public to Make-A-Difference by pledging a minimum donation of RM10. All of your donations will be forwarded to the Malaysian Red Crescent Society assisting the victims of the earthquake and victims from other affected areas as well. Remember to gather all your contacts and get them to join in this monumental charity drive to create the magnitude, much bigger than the quake.
Shake your piggy and use it for this grand cause.

redcrossinside10

The more we donate, the more we recreate!


redcrossinside5


Please click to http://www.milkadeal.com/deals/support-malaysian-red-cross-emergency-relief-fund-for-japan-and-make-a-difference for more details. You can make a difference.

Sunday, March 20, 2011

Anak tak sah taraf cecah 234,647

Oleh Johari Ibrahim

2011/03/21

JPN ajak pelbagai pihak tangani segera gejala sosial

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jumlah itu ialah kira-kira 9 peratus daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran yang didaftarkan dalam tempoh berkenaan.

JPN menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai 'menggusarkan' dan mengajak pelbagai pihak menanganinya.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim, berkata masyarakat, agensi kerajaan yang lain terutama jabatan agama Islam negeri dan pimpinan setempat perlu bekerja sama membendung gejala berkenaan dari terus berleluasa.

"Jumlah itu menggusarkan sama ada dari segi agama dan moral dah perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak," katanya kepada Berita Harian.

Daripada jumlah 234,674 anak tidak sah taraf yang didaftarkan itu, seramai 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya adalah beragama Islam.

Beliau berkata, data itu akan dikongsi dengan beberapa agensi berkaitan seperti jabatan agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya bersama-sama menanganinya.

Jumlah anak luar nikah pasangan Islam juga menunjukkan pola meningkat dalam tempoh lima tahun sejak 2006 yang mana pada 2006 sebanyak 13,545 didaftarkan dan jumlahnya meningkat kepada 16,100 pada 2007; 16,541 (2008); 17,303 (2009) dan 17,490 tahun lalu.

Secara keseluruhan, jumlah anak tidak saf taraf (Melayu, Cina, India dan lain-lain) yang didaftarkan juga menunjukkan pertambahan sejak 2006 iaitu38,258 kepada 44,234 (2007); 46,822 (2008); 52,378(2009) dan tahun lalu (52,982).

Rekod kelahiran anak tidak sah taraf bagi kaum Cina pada 2006 ialah 4,739; 5111 (2007); 4,943 (2008), 4,128 (2009) dan 3,864 tahun lalu.

Bagi kaun India pula ialah 4,621 pada 2006; 4,818 (2007); 4,772 (2008); 5,044 (2009) dan 4,703 (2010).

Mengikut Syeksyen 7, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, setiap kelahiran, jika dilahirkan dalam negara ini perlu didaftarkan.

Bagi setiap kes kelahiran anak tidak sah taraf, JPN juga mengikut peruntukan Seksyen 13 akta yang sama.

Bagaimanapun, bagi pendaftaran anak tidak sah taraf, JPN tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran kecuali atas permintaan bersama si ibu dan lelaki yang mengaku bapa dengan mengisi dokumen tertentu.

Namun, bagi yang beragama Islam, kaedah itu tidak boleh digunakan sebaliknya nama bapa akan menggunakan mana-mana satu Asmaul Husna (99 nama Allah).

"Mengikut takrifan, bagi agama Islam, anak tidak sah taraf ialah bayi yang dilahirkan tanpa akad nikah yang sah ibunya dan anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan kalendae Qamariah dari tarikh perkahwinan ibu dan pasangannya," katanya.

Sumber: Berita Harian (21 Mac 2011)