Klik sini...

Waktu Solat

Friday, December 27, 2013

Gadis Jolobu by Waris ft Dato' Hattan


Lirik

  • [ti:]
  • [ar:WARIS Feat Hattan]
  • [au: .lrc by malaysia.bloggersragen.com]
  • [length: ]
  • [by: www.bloggersragen.com]
  • [re: Lyrics Grabber]
  • [ve: 1.3.0]
  • [00:00.00] malaysia.bloggersragen.com
  • [00:13.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [00:14.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [00:16.00] Kalau kono komat jolobu
  • [00:17.00] Tak mati badan menghasai
  • [00:19.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [00:22.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai
  • [00:39.00] Coghito eh bermulo, mulut ughang kampong
  • [00:41.00] Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
  • [00:45.00] Ughang luar datang luar nak cari'an joki
  • [00:48.00] Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
  • [00:51.00] Tapi silap, kono komat sampai tinggalkan keluargo
  • [00:54.00] Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
  • [00:57.00] Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
  • [01:00.00] Dah takdo nak monyosa monangih dopan kubur aiii
  • [01:04.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [01:05.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [01:06.00] Kalau kono komat jolobu
  • [01:08.00] Tak mati badan menghasai
  • [01:10.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [01:13.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai
  • [01:17.00] Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
  • [01:19.00] Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
  • [01:22.00] Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
  • [01:26.00] Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
  • [01:29.00] Zaman dah boghubah, adat ditolan zaman
  • [01:32.00] Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
  • [01:35.00] Apotah laie, mengaku ughang nogori
  • [01:38.00] Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
  • [01:42.00] Poie tanyo omak, poie tanyo uwan
  • [01:45.00] Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
  • [01:48.00] Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
  • [01:52.00] "sebagai suatu warisan"
  • [01:55.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [01:57.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [01:58.00] Kalau kono komat jolobu
  • [02:00.00] Tak mati badan menghasai
  • [02:01.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [02:05.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai
  • [02:08.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [02:09.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [02:11.00] Kalau kono komat jolobu
  • [02:12.00] Tak mati badan menghasai
  • [02:14.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [02:17.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai
  • [02:21.00] Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
  • [02:24.00] Kok dah dapek yang dicari jangan terlansung semayang subuh
  • [02:27.00] Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
  • [02:30.00] Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang
  • [02:34.00] Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
  • [02:36.00] Kok dah dapek yang dicari jangan terlansung semayang subuh
  • [02:39.00] Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
  • [02:42.00] Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang
  • [02:45.00] Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
  • [02:48.00] Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
  • [02:52.00] Jangan salah anggap, napo lobihkan pompuan
  • [02:55.00] Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
  • [02:58.00] Zaman dah boghubah, adat ditolan zaman
  • [03:01.00] Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
  • [03:04.00] Apotah laie, mengaku ughang nogori
  • [03:07.00] Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
  • [03:11.00] Poie tanyo omak, poie tanyo uwan
  • [03:14.00] Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
  • [03:17.00] Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
  • [03:20.00] "sebagai suatu warisan"
  • [03:24.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [03:25.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [03:26.00] Kalau kono komat jolobu
  • [03:28.00] Tak mati badan menghasai
  • [03:30.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [03:33.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai
  • [03:36.00] Ko jolobak ko jolbu
  • [03:38.00] Tuai padi tigo tangkai
  • [03:39.00] Kalau kono komat jolobu
  • [03:41.00] Tak mati badan menghasai
  • [03:42.00] Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
  • [03:45.00] Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai


# nk kata lagu nih lagu nogori pun bukan... message dalam lagu nih boleh ambil pengajaran.. check it out...

p.s.. lappy dah ok.. lepas nih boleh aktif semula  blogging... thanks mr hubby... sebab tolong format...
kalau x, emmm.. lappy duduk dalam bag senyap2... so sapa2 nk minta tolong format kan leh discuss dkt sini.. harga kawan2.. hehehe...

dah xder hang or restart lg dah...

Tuesday, December 10, 2013

Friday, September 20, 2013

my lunch cum dinner

Thanks cik PM for nasi tumpang the warung...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, September 13, 2013

transformational leadership. ..

Is watching transformational leadership by idris jala via hypptv...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, September 2, 2013

Offer Desktop/Laptop jenama Dell utk staf JKR



Menarik tak...

Warga JKR yang sedang mencari pc/lappy dengan harga yang murah dan berkualiti boleh  refer kepada Dell.. Dell sedang mengadakan tawaran istimewa untuk seluruh warga JKR Malaysia untuk Program Employee Purchase Program bagi bulan Ogos sehingga September 2013.


Tawaran ini terbuka kepada semua warga JKR yang mempunyai email rasmi jkr (cth : Abc@jkr.gov.my).

Cara-cara pembelian adalah seperti berikut: 

1. Layari www.dell.com.my/epp dan masukkan emaill JKR dan klik butang hantar
2. Seterusnya, apabila email anda telah disahkan. Sila klik butang Shop Now untuk melihat promosi yang ditawarkan 

Untuk promosi Bulan Ogos - September 2013, sila klik di sini
 
 

Tuesday, August 20, 2013

Info Menarik Mengenai Lelaki....

Info menarik mengenai lelaki.. tak tau la sama ada fakta atau auta... tapi renung2 kan la...

# Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka..


statement maut gitu...

Monday, August 19, 2013

Awas Penipuan!!

Awas!! Kalau dapat email yang mencurigakan seperti di bawah,  kononnya dari CIMB yang meminta anda update sebarang maklumat dan data peribadi.. sila abaikan... merupakan suatu bentuk penipuan... Berjaga-jaga sebelum terkena... sekiranya anda klik kepada address yang diberikan, ada direct to website yang tak wujud seakan2 cimb... jadi abaikan... saya nasihat kalau nak online terus taip alamat manually.. lagi selamat..

Dear CIMB Customer,

CIMB is committed to making your online transactions safe and secure. We take every precaution to protect our users’ information by utilizing the latest technology and international industry standard practices.

We have upgraded our new GGT-5 server to serve our customers for a better and secure online service against fraudulent activities and recent phishing attack on CIMB customers.

Kindly click on the secure link https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ and provide us with the requested information to continue.

Regards

Online Security Department
 



# email yang saya dapat kononnya dari cimb... tapi saya mmg tiada akaun dari cimb... macam mane tuh... Ingatlah sebelum terjerat...

Sunday, August 18, 2013

Duit den bertingkek-tingkek...

Yang nih baru betul.. duit bertingkek-tingkek... dari jolobu sampai bongek... berapa tahun simpan syiling.. baru skrg nk cash out.. dh boleh bt booking kereta baru nih... bravo PM.. saya cuma tukang kira aja...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, August 10, 2013

harap bersabar

Laluan wajib tiap kali balik raya ke kuala pilah... memang kena banyak2 bersabar...

Banyak plan beraya terpaksa dibatalkan... sebab jem teruk sangat... kecian...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 8, 2013

selamat hari raya

Selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, August 5, 2013

37 rangkap pantun raya..

Hari raya aidilfitri bakal menjelang.. apa kata layan pantun 4 kerat nih...


Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.

Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.

Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.

 Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

 Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman E-Mail pun dah kira grand lah ye..!

Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai E-Mail pun kira ok what?

 Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

 Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

 Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

 Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

 Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

 Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

 Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
  
Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

 Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

 Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

 Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
  
Pantun 21:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
  
Pantun 22:
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
  
Pantun 23:
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
  
Pantun 24:
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

  Pantun 25:
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
  
Pantun 26:
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.
  
Pantun 27:
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
  
Pantun 28:
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

 Pantun 29:
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

 Pantun 30:
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

 Pantun 31:
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
  
Pantun 32:
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
  
Pantun 33:
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
  
Pantun 34:
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
  
Pantun 35:
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
  
Pantun 36:
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
  
Pantun 37:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

 source: tak ingat... ingat raya aje.. sorry.. selamat hari raya...

Sunday, August 4, 2013

berbuka bersama-sama

Sabtu dan ahad... hari yang paling sesuai berbuka bersama-sama keluarga... hari lain sibuk dengan kerja...

So. Sabtu berbuka di senawang.. ahad berbuka di kajang.. lagi ramai lagi best.. lg best dpt kumpul ramai bertukar cerita dan tanya khabar...

Alhamdulillah... Rezeki Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jalan sesak di Jalan TAR

Semakin di penghujung ramadhan, jalan semakin sesak dengan kereta dan umat manusia.

Oleh yg demikian, please use alternative route to avoid messes traffic jem.

Sekian laporan pada hri ahad yg berbahagia ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, August 3, 2013

Power by blogger-droid

WhatsApp Messenger: Android + iPhone + Nokia + BlackBerry + Windows Phone

Now, getting easy to update and post blog via blogger-droid. Anytime and any where... using smart phone.. you should try that app too.. won't regret...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 30, 2013

Eid Mood Activated!!!

Seriously, not in the right mood for work now... just a week left before celebrating eid. always thinking about eid.. haha..i think want to take 2 weeks leaves... can i?
 
miss my emak and abah so much...

last weak abah said, "masa abah hidup ni abah nk rasa baju raya, kalau abah dah tak ada nanti, kalau longgok dekat kubur pun, abah bukan pakai pun.."

angah already bought you baju raya... don't worry abah, in sha allah.. i'll give you this week..

parents actually no need our money.. but, thought and attention are enough for them...















source: google

Wednesday, July 24, 2013

Bantuan Khas Raya RM500




# Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki mu Allah.. Dapat banyak cukup.. dapat sikit pun cukup.. yang penting hanya kita sahaja yang tahu bagaimana nak rancang kewangan untuk diri sendiri... Cuba kita lihat org yang kurang berkemampuan dari kita.. Renung2 kan la...

Monday, July 22, 2013

Bubur Lambuk...







 

 


SEORANG pengunjung bazar tidak melepaskan peluang bergambar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika majlis pergedaran bubur lambuk IM4U di Bazar Ramadhan, Seksyen 13, Shah Alam, petang ini. Turut kelihatan, penyanyi Amy Search (kanan), Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (tiga dari kanan) . - Foto Asyraf Hamzah

source: http://www.bharian.com.my/

# Credit to Asyraf Hamzah (sejak pakcik jd photographer ni, banyak kali nama keluar paper.. hehehe)

Sunday, July 21, 2013

Pulau Redang...

Rindu nak pergi pulau rendang lagi...

Hilang semua gambar di sana.. sbb terformat lappy... sedih...

Nasib baik ada ned.. so layan dkt blog aje...

http://nedlinatalisz.blogspot.com/2009/05/zoom-malaysia-pulau-redang_18.html

Kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditinggalkan lebih 5 jam dalam kereta


July 19, 2013

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.
 Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.
Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. - Bernama, 19 Julai, 2013.

source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kanak-kanak-3-tahun-maut-selepas-ditinggalkan-lebih-5-jam-dalam-kereta

# Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) kepada keluarga zatusy (saya kenal zatusy sebab sama2 menginap di ktf, utm skudai dahulu..) semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Saturday, June 22, 2013

Usah biar Melayu terus hidup dilanda masalah

Sidek Baba 
 
Persoalan minda dan watak Melayu telah berbangkit sejak sekian lama. Munsyi Abdullah umpamanya mengaitkan Melayu dengan beberapa sifat yang negatif. Melayu mempunyai watak yang malas, suka bercinta, suka membuang masa, suka bertangguh, tidak menepati waktu dan lain-lain. Tokoh pembaharuan Syed Sheikh al Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin melihat dari sudut agama bahawa orang Melayu suka melakukan khurafat dan memiliki tabiat taklid yang negatif.

Pendeta Zaaba, seorang cendekiawan Melayu yang disegani juga melakukan kritikan terhadap bangsanya. Dalam tulisannya majalah Qalam (Bil.19:1952) beliau menyebutkan: “Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatihkan dirinya menjadi peminta sedekah. Maka tidaklah ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai ketinggian dan kejayaan. Bahkan jikalau dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang jua. Maka perangai suka meminta tolong saja itu – walaupun meminta tolong kepada Allah Taala padahal kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangatlah tidak betul kepada ajaran Islam.”

Sikap bergantung harus dikaji


Apa yang disebut oleh Zaaba itu amat wajar untuk direnung. Sikap bergantung kepada pertolongan orang atau pihak kerajaan semata-mata harus dikaji dengan serius. Jiwa kebergantungan dalam banyak hal menyebabkan daya saing dan jiwa mandiri semakin tiris. Dalam dunia di mana persaingan terbuka menentukan faktor kejayaan sama ada dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, penyertaan dalam kegiatan ekonomi dan bisnes, penerokaan dalam bidang sains dan teknologi, keteguhan dalam sistem keluarga dan masyarakat banyak bergantung kepada kesungguhan dan kekuatan peribadi yang terbabit dengannya.

Kecenderungan menyalahkan orang lain dan bergantung kepada penyelesaian orang lain terhadap masalah yang berbangkit adalah jalan mudah mencari kambing hitam dalam jalan keluar daripada masalah. Malah ada kecenderungan yang amat aktif dalam kalangan orang Melayu yang menaja aktiviti budaya popular baik dalam media cetak dan elektronik mahupun dalam bentuk pesta dan festival yang tambah melalaikan dan merosakkan kualiti jiwa dan emosi generasi muda Melayu sehingga akhirnya berbangkit pelbagai masalah yang serius dan menyentuh mengenai jati diri dan kekuatan umat Melayu itu sendiri.

Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Hingga ada sebilangan orang Melayu berpendapat bahawa menaja kegiatan hiburan yang sifatnya melampau adalah tidak salah, malah ia adalah sumber bisnes. Bayangkan kerosakan peribadi dan akhlak akibat daripada hiburan yang melampau telah memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap jati diri generasi muda. Kerosakan yang berlaku tidak tertampung dengan pulangan kewangan yang diterima.

Penyalahgunaan dadah

Masalah penyalahgunaan dadah sudah mencapai paras tertinggi melepasi sejuta orang. Lebih 70 peratus adalah generasi muda Melayu. Pusat Serenti terpaksa menampung jumlah yang semakin meningkat. Di universiti jumlah kemasukan lelaki muda Melayu semakin berkurang. Bayangkan corak modal insan yang bakal lahir pada masa depan.

Kurangnya masa yang berkualiti yang diberikan oleh ibu bapa terhadap hal ehwal pendidikan dan kebajikan anak menyebabkan anak rasa terbiar, kekosongan dan kelompangan. Keciciran anak Melayu sedang berlaku sejak awal umur lagi, sedangkan tempoh sejak dalam perut ibu hingga akil baligh adalah tempoh yang amat kritikal pendidikan anak seharusnya berlaku. Apabila anak tercicir di rumah tidak ada jaminan sekolah bakal mengatasi masalah mereka. Tabiat anak yang tercicir akan berterusan di sekolah dan bakal lebih parah lagi apabila berada di tengah-tengah masyarakat.

Ibu bapa Melayu harus memikul tanggungjawab menguruskan anak dengan penuh keinsafan. Dengan siapa anak berkawan, membiarkan anak secara bebas lepas di kafe siber, tidak bertanya mengapa lewat pulang, membiarkan anak terbabit dalam kegiatan antisosial seperti ‘mat rempit’, membiarkan bahan media cetak dan elektronik yang merangsang nafsu dan minda berada di dalam rumah tanpa kawalan adalah antara faktor yang menjinakkan remaja dan generasi muda Melayu kepada jerat yang bakal menjebak mereka ke arah hidup yang bermasalah.

Pihak di luar keluarga harus turut sama membantu. Sekiranya kelemahan pengurusan keluarga tidak dibantu oleh sekolah atau agensi yang menyumbang ke arah pembangunan generasi muda, maka orang Melayu akan terus menerus menghadapi masalah. Masalah yang sedia ada sudah semakin parah.


Penulis ialah profesor pendidikan di UIAM
 
#Pesanan utk diri sendiri supaya sentiasa BERINGAT...
 
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahbiarMelayuterushidupdilandamasalah/Article/

Friday, June 14, 2013

Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013 


Yang dinantikan oleh semua penjawat awam dah keluar.. sebab perkeliling pp5/2013 bertarikh 14 jun 2013 dah keluar... sila semak gaji baru anda... alhamdulillah syukur... kepada kakitangan yang mendapat penambahbaikan dalam skim perkhidmatan.. tahniah diucapkan.. semoga bekerja dengan lebih gigih.. kerana Allah..

Monday, June 3, 2013

Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Kemiskinan ?

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya  kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”

Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”

Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Sumber: http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-kemiskinan/comment-page-1/#comment-7759





 
Source: google image

Source: google image 

Tuesday, May 21, 2013

Presiden Airod dahului penerima darjah dan pingat kebesaran Perlis

May 17, 2013
 
KANGAR, 17 Mei — Presiden Airod Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Johan mendahului senarai 207 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun ke-70 keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, hari ini.
Ahmad menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Turut menerima SPMP ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Senarai penerima itu diumumkan Menteri Besar Perlis Azlan Man di sini hari ini.
Pengarah Corporate Client Solutions, CIMB Investment Bank Bhd, Syed Mashafuddin Syed Badarudin Jamalullail, adalah penerima tunggal darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Sebanyak 10 penerima darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Mohd Zaki Abdul Wahab, Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron, Panglima 5 Briged, Brig Jen Datuk Ranjit Singh Ramday, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Omar Osman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Turut menerima DPMP ialah Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd Fazli Osman, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Abdull Rashid Saad, isteri bekas Menteri Besar Perlis Datin Seri Asiah Asmuni, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Mohd Najib Abdullah dan Country Managing Partner, Ernst & Young Malaysia Level, Abdul Rauf Rashid.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM Prof Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal adalah penerima tunggal darjah Dato’ Paduka Tuanku Syed Sirauddin Jamalullail (DPSJ) yang juga membawa gelaran Datuk.

Dua menerima darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Penasihat Penerbitan Pekan Ilmu Publications Dr Rahman Shaari.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya adalah penerima tunggal darjah Dato’ Bergelar yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja.

Sementara itu, Kolonel Logistik Markas Medan Tentera Darat, Kol Mohd Norbi Ismail, adalah penerima tunggal Setia Mahkota Perlis (SMP) manakala 13 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) termasuk Pengarah Perhutanan Perlis Ridzuan Salleh, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, dan penguambela dan peguamcara Jamil Mohamed Shafie.
Sebanyak 18 orang menerima Ahli Mahkota Perlis (AMP), 23 menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), tiga menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 54 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 62 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 16 menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL). — Bernama

#Tahniah kepada PK CKE atas gelaran yang diberikan...

Thursday, May 16, 2013

Alamak!!

Kenapa jadi isu pulak.. kalau ini benda yang baik...


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/14/jakim-project-upsets-nature-lovers/

Friday, May 3, 2013

Pilihlah calon2 yang terbaik bg pilihan raya pru ke 13..

kalau masa nk nikah dulu.. mesti ramai yang lakukan solat istikarah... mohon petunjuk kepada allah supaya ditetapkan hati dan dipermudahkan utk membuat pilihan calon suami atau isteri... Dan...


Kalau tak pasti atau tak yakin siapa yang akan dipilih sebagai wakil rakyat utk pru ke 13 pada 5 mei 2013...


berikut adalah saranan...  buat solat istikharah.. mohon petujuk kepada Allah...


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


serahkan segala urusan kepada allah dan yakin dengan pilihan. insya allah...


selamat menunaikan tanggungjawab... 


saya sayang malaysia....





Saturday, April 20, 2013

PRU-13: Hari Pernamaan Calon Parlimen Rembau

20 hb, April 2013 telah ditetapkan hari penamaan calon untuk PRU ke 13...

Parlimen Rembau..

calon BN  : Khairy Jamaluddin
calon PKR: Radzali A. Ghani
calon Bebas: Abdul Aziz Hasan.


Tak sabar nak balik mengundi utk pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun sekali...

saya kali pertama mengundi: parlimen rembau

kali ke 2: parlimen kuala pilah

kali ke 3; parlimen rembau semula...


kali ini siapa pula yg menjadi ahli parlimen rembau kali ini... sama2 kita saksikan pada mlm 5hb mei 2013  nnt...

sama2 tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia...

Thursday, April 18, 2013

Nasional PPA1M bantu penjawat awam beli rumah

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Perdana Menteri berkata pada peringkat permulaan, 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek PPA1M di Putrajaya pada harga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Fasa pertama di Presint 11 dan Presint 17 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan berbanding 36 bulan yang ditetapkan sebelum ini supaya pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama.


“Kakitangan awam hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya. Pembeli akan ditentukan menerusi cabutan undi di kalangan mereka yang layak supaya proses pengagihan dilakukan secara adil.





Undian pusingan kedua

“Kalau tidak berjaya kali pertama kita akan adakan undian pusingan kedua supaya tiada yang terkecuali, khususnya kakitangan awam yang sangat memerlukan rumah bermutu dengan harga mampu dimiliki,” katanya.
Serentak pengumuman itu, projek PPA1M di Putrajaya dimulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, yang dibuka untuk jualan kepada semua kakitangan awam dan badan berkanun.

Majlis pecah tanah di Presint 17 dihadiri lebih 2,000 penjawat awam. PPA1M adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam di bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Kerjasama awam-swasta

Projek perintis PP1M di Putrajaya itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta membabitkan SP Setia Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd atas tanah milik kerajaan yang membolehkan kos pembangunan dikurangkan sehingga 10 peratus, sekali gus mengurangkan harga rumah.

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang PPA1M yang boleh dimuat turun daripada laman web PPj di www.ppj.gov.my atau mengambilnya di kaunter PPj.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke kaunter PPA1M di kompleks PPj, sebelum jam 5 petang 9 Mei ini.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPA1Mbantupenjawatawambelirumah/Article/

Sunday, April 14, 2013

Cool Blog Mid Valley?

Mana nak cari cool blog mid valley? Any idea?


Yang tau dkt mid valley ader come buy aka kambai.. haha.. and chatime...


Friday, March 29, 2013

ayam jantan bertelur emas?

sbb apa yang sekarang mahal? jawapan ada dkt atas...

tak masuk akalkan jawapan di atas... mcm tu jugak harga ayam sekarang... seperti ayam jantan bertelur emas... peribahasa terbaru... hahah...

harga tak masuk akal.. sbbnye last week pergi pasar borong selangor.. pasar borong ok.. harga sepatutnya jauh lagi murah dari kedai runcit biasa.. tp berlaku sebaliknya.. kedai runcit lg murah ok.. RM 7.40 sekilo! cekik darah...

sumber: google la...

so, this week skip masak ayam.. tak jadi beli ayam.. just jeling2 ayam kat pasar... bukan sbb berkira sangt... tp kena fikir jugak brg2 yang ekonomi dgn rmh tangga.. minggu dpt tgk balik harga jatuh ker tak? kalau x nmpak nyer kena beli ikan, daging, udang dan sotong aja la.. kalau tak telur ayam ajer..


kalau tak percaya ayam mahal.. rujuk la http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

tp still jugak tunggu bila ayam jantan nk bertelur... nk tgk mcm maner telur tu...

Tuesday, March 26, 2013

e-filing

jangan lupa due date submit borang cukai pendapatan (BE) pd 30hb. April 2013..

kalau nk senang guna e-filing... https://e.hasil.gov.my/

senang.. dan jimat masa...

first time kena byr income tax.. luckily dapat refund... cukai terlebih bayar...

nak tau tip nk elakkan bayar cukai yg tinggi...
a) beli buku byak2.. resit kena simpan...
b) langganan broadband/unifi/streamyx...
c) lakukan pemeriksaan kesihatan.. simpan resit
d) setiap anak boleh dpt pengecualian, lg tinggi tahap anak belajar, lg banyak exemption.

e) beli barangan sukan... simpan resit... bola, reket..
f) beli insuran (insuran nyawa)
g) beli laptop, pc.. tab xdpt rebat..
h) bayar zakat...


ok selamat menunaikan kewajipan sebagai warganegara...

kalau bukan warganegara pulak mcm mana?

aku suka dia...

Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

~kini dah jadi husband.. :)

Saturday, March 23, 2013

Health screening..

last week dpt invitation for health screening from iheal.. ni gara2 pg home deco expo dkt mid valley...

so, yesterday set the appointment for today.. based on the info given.. blood test akan ambil masa dlm 30 minutes.. baru result keluar...

lepas ambil darah... ada buat tour dlm hosp ttg equipment.. dlm hati mmg dh tau dh mesti consultant nk promo pakej2 yg ntah apa2..

tp.. berpuluh2 kali fikir sama ada nk tolak atau tak for full package health screening... aper tak nye.. dah dok cerita mcm2.. sampai penat nk dgr... bila fikir balik boleh dpt pengecualian cukai pendapatan.. so ambil jugak.. but yg basic one.. bukan gomen x provide for full health screening, kalau tak salah, diberi keutamaan umur 40 above.. sy yg masih belia nih.. kena bt sendiri...

result dh dpt....
renal profile.. ok..
uric acid.. ok..
glucose.. ok
bp.. ok
pulse rate.. ok
heamatogy.. ok.. (tp kena mkan buah delima byk sikit nk tmbh darah)
lipid.. ko... (kena kurang kn mkn fast food n high cholestrol).. sila jangan ajak saya mkn fast food lg... hehehe.. doc kalau sebulan sekali ok tak?


lepas nih... kena jadikan amalan puasa... bagus untuk kesihatan...


tp alhamdulillah under control.. rasa nya tak rugi kalau bt health screening awal2... so boleh monitor health level..

prevention is better then cure... betul tak?




Thursday, March 21, 2013

Buku lagi...

Memang suka membeli buku... sebab suka membaca...
Memang suka membaca.. sebab boleh tambah ilmu..
Memang suka menambah ilmu.. sbb bla.. bla..bla...


Hr nih beli buku menghidupkan sunnah-sunnah yang dilupakan...
Kadang2 rasa jahil juga sbb kurang ilmu.. tp tak pernah malu nk tuntut ilmu...
Semoga Allah permudahkan saya utk tambahkan ilmu..
























dlm muka dpt tu ada tulis; abdullah  ad-dailamiy berkata;

"sesungguhnya pertama kali hilangnya agama (Islam) adalah dengan ditinggalkan sunnah. agama ini akan hilang sesunnah demi sesunnah sebagaimana lepasnya tali seutas demi seutas."


Semoga buku ini akan menjadi panduan dlm meningkatkan iman  dan terus beramal kepada Nya... In Sya Allah...

Wednesday, March 20, 2013

Mana satu yang betul?

Manusia memang lemah... Dengan ilmu dan iman manusia akan kuat... kuat yang macam mana tu? itu terpulang kepada sejauh mana penilaian manusia itu sendiri.. fizikal? mental? iman?

semakin umur bertambah, manusia semakin matang.. sebab banyak pengalaman.. ilmu bertambah... sebab tu islam memang menuntut setiap umat menuntut ilmu.. fardhu ain dan fardhu kifayah...

sebab tu, bila bekerja, kita sedang menunaikan satu tuntutan fardhu kifayah ini.. bukan utk faedah diri sendiri.. utk rakyat juga.

sebenarnya... 2, 3 hari ini asyik berfikir tentang masalah kerja yang perlu diselesaikan.. mungkin sampai masa saya perlukan rehat...

sehingga nak menaip blog pun masih lg fikir pasal kerja.. 

masalah sekecil-kecil ini pun perlu diselesaikan.. sehinggalah masalah yang besar apatah lg.. aku mahu rehat...

Sunday, March 10, 2013

pv 13

jalan2 hujung minggu.. rumah alang...
tuan rmh baru pindah..
nice view.. klcc view..



rumah belum habis kemas lg.. so xboleh up load lg..

Thursday, March 7, 2013

Congrats alang and wiera...



Congrats alang and wiera... Lama sungguh peram these pics.. actually this reception last year, but.. until today, baru dapat nk publish... bz semendang ajer tuan punya belog... Doa angah kepada alang, semoga berbahagia selalu... Jaga wiera baik2 yek.. Amanah tu..

 semoga berbahagia selalu...


tuan rumah yg dh penat...

 gambar insan kesayangan dunia dan akhirat.. yang super penat..

gambar lain, nnt post... tak penting pon..

Monday, January 7, 2013

Terukir di bintang...

Aiya... hari nih dah addicted with this song.. terukir di bintang.. by the way, congrats yunalis zarai.. dapat anugerah juara lagu 27... and aizat, you did the best job.. walaupun sukar nak nyanyi lagu penyanyi lain.. tapi, tak nampak pun kekok atau sumbang sana sini..

lagu yang aizat bawa... masuk terus dalam jiwa.. pergh... terbaek... hari ni feeling2 2-3 kali nyanyi terukir dibintang... mood dah masuk ke zaman 60an n 70an dh..

nak tak nak cari juga lagi versi aizat... tak kira.. nk jugak lagu versi aizat..

so, dapat jugak dalam youtube.. terima kasih Nazreen Ahmad yg upload dlm youtube.. saja nak share kat sini...

Sunday, January 6, 2013

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)



Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yunalis Zarai - penyanyi Aizat

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique - penyanyi Black & RJ

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

source: OhBulan