Klik sini...

Waktu Solat

Thursday, May 31, 2012

Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.

Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak

Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.

Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?

Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.

Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.

Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.

Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

SAIFUL NANG

* Anda boleh share jika anda rasa ia perlu. Terima kasih

Monday, May 28, 2012

MRTA vs MLTA

Kalau nk tau perbezaan antara MRTA & MLTA klik ajer kat web nih...

yang ni pun ada dlm BM... klik kat sini...

Saturday, May 19, 2012

Want McDonalds / MPH / Jusco / KFC Free Voucher?

Sapa nk free voucher for McDonalds / MPH / Jusco / KFC dll? Cer angkat tangan.. so, aper lg join la mysurvey.com then answer few questionnaires given... just collect points and redeem for free voucher... that's it... senang ajer.. so aper lg... jangan tunggu lama2.. drp buang masa surfing internet ajer, jawab jer survey yang tak berapa amik masa sangat nih..


http://www.mysurvey.com.my

HAND... sharing is caring...

Thursday, May 17, 2012

S&P Lawyer...

Nih bukan nak promote, just sharing the info.. Kepada bakal pembeli rumah, tak kira la baru, sub-sale atau auction dan tengah browse nk cari lawyer, saya ader satu lawyer firm yang boleh tolong uruskan pasal S&P, gadaian, deed dll yang berkaitan... khidmat yang friendly dan kalau tak faham pihak lawyer akan explain lagi sampai kita faham...

Source: http://www.malaysianbar.org.my/legaldirectory/mfirmdetail.php?fid=1437

Sebab apa saya nk share the info, sbb sebelum ini dok cari2 jugak lawyer yang boleh bagi service yg baik dan tidak menyusahkan. sebagai pengguna, kita bayar lawyer ini untuk dapat service yang baik, kalau service lembab, mcm maner kita nk recommend pada orang lain... betul tak?


Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku di PWTC

27 April - 6 Mei 2012... Ada pesta buku di PWTC.. macam tahun lepas pun pergi juga pesta buku nih.. ada mcm2 buku... nih pun last minute planning... plan awal pagi nk melawat ibu mertua ku.. tp disebabkn tuan punya badan tak ader kt rumah.. so, change to 2nd plan.. pg pesta buku.. dek kerana ramai betul umat manusia kat sana.. hanya dapat singgah kt dewan tun ismail, pwtc ajer.. jenguk majalah kat sana... sempat la capai 2-3 buah majalah... kalau ikutkan pasal buku sanggup ajer sampai 2-3 jam lg... so, next time boleh pg lagi...


Impiana, majalah i dan PC..


terima kasih en suami sbb sanggup sama-sama menapak dari tempat parking yg jauh..

aktiviti beli2 disudahi dengan makan2.. dah tak hirau sangat dah org yg tengah tgk buku2... asalkan perut diisi dulu..

Thursday, May 3, 2012

Al Fatihah Untuk Bob Kuman..






Al-fatihah untuk arwah Bob Kuman atau Husni Rawi yang telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.