Hari ini kira tamat la riwayat hidup sebuah pen drive...
Minggu lepas, pening gaks kepala sebab pen drive tak bleh nk buka... sbb drawing2 penting untuk tender tak boleh nk buka.. staff plak bercuti... berpuluh2 kali try dkt desktop.. tak boleh jugak.. malfunction... error...
akhir sekali.. terpaksa mengorbankan sebuah pen drive bagi recover semua data...
alhamdulillah... berjaya juga recover data... tapi hasilnya... tamatlah riwayat sebuah pen drive..
tapi nasib baik.. pen drive nih pun dpt free dari supplier masa M&E exhibition last June.. so tak ada la keciwa sangat...
Thursday, October 11, 2012
Monday, October 8, 2012
DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!
"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.
Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi
perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia
berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu
namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.
Lihat wajahnya semalam ...
Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat
tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi
berlangsung.
Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap
penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi
tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap
kritikal.
Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun
terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran
dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau
kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada
mereka memerlukan," pesannya.
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya.
Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.
"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia
Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera
telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia
menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.
Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan
tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita
ditanggungnya.
Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.
Selama ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes
jenayah bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat
korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat.
... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.
Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.
Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap
daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam
tempoh terdekat.
Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.
Pembaca budiman ...
Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.
Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan
dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun
di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank menyekat akaun
sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.
Salam.
SILA HEBAH DAN KONGSIKAN ENTRI INI DI FACEBOOK
source: http://www.mazidulakmal.com/2012/10/dont-die-on-me-kamal-affandi-hashim.html
Wednesday, October 3, 2012
MyEG yang mudah...
Jimat masa..
Jimat tenaga...
Jimat duit...
Dah cukup sebab kenapa tahun nih still lagi menggunakan service my eg... tak perlu queue panjang2.. amik nombor kat pejabat pos atau jpj... no need bring vehicle registration card.. just a copy of registration card for our reference..
kalau bertahun-tahun sebelum nih, akan dapat reminder from insurance agent to renew road tax.. terpaksa bayar service charge yang tinggi dan terpaksa juga membayar delivery charge yang tinggi jugak.. bukan nyer boleh dapat road tax on the spot.. selepas beberapa hari baru dpt road tax kat tangan...
tahun nih dah tahun ke-2 menggunakan myeg service... memang convenient..
a month before expiry date dah dapat reminder and call from myeg... dia akan hantar quotation.. so, pls check before proceed any transaction... make payment using online banking or credit card... print the receipt of payment in digital format... send the receipt to the agent.. pls state the delivery address and contact no... the myeg staff akan call balik for conformation the information... insurance policy akan dihantar through e-mail.. so, print for reference...
any assistance just call customer service..
within 8 working hours road tax dah sampai dekat tangan... senang betul.. then, free delivery.. tp tak pasti la kalau outside klang valley macam maner.. have to look the term and condition la..
lagi satu, dapat pula rebat untuk road tax... dlm rm 12... kalau pakai conventional system mesti lagi banyak la RM RM yang akan dikeluarkan...
so, tak perlu nk beratur... just browsing http://www.myeg.com.my/ for more details..
Subscribe to:
Posts (Atom)