Klik sini...

Waktu Solat

Tuesday, July 30, 2013

Eid Mood Activated!!!

Seriously, not in the right mood for work now... just a week left before celebrating eid. always thinking about eid.. haha..i think want to take 2 weeks leaves... can i?
 
miss my emak and abah so much...

last weak abah said, "masa abah hidup ni abah nk rasa baju raya, kalau abah dah tak ada nanti, kalau longgok dekat kubur pun, abah bukan pakai pun.."

angah already bought you baju raya... don't worry abah, in sha allah.. i'll give you this week..

parents actually no need our money.. but, thought and attention are enough for them...















source: google

Wednesday, July 24, 2013

Bantuan Khas Raya RM500




# Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki mu Allah.. Dapat banyak cukup.. dapat sikit pun cukup.. yang penting hanya kita sahaja yang tahu bagaimana nak rancang kewangan untuk diri sendiri... Cuba kita lihat org yang kurang berkemampuan dari kita.. Renung2 kan la...

Monday, July 22, 2013

Bubur Lambuk...







 

 


SEORANG pengunjung bazar tidak melepaskan peluang bergambar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika majlis pergedaran bubur lambuk IM4U di Bazar Ramadhan, Seksyen 13, Shah Alam, petang ini. Turut kelihatan, penyanyi Amy Search (kanan), Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (tiga dari kanan) . - Foto Asyraf Hamzah

source: http://www.bharian.com.my/

# Credit to Asyraf Hamzah (sejak pakcik jd photographer ni, banyak kali nama keluar paper.. hehehe)

Sunday, July 21, 2013

Pulau Redang...

Rindu nak pergi pulau rendang lagi...

Hilang semua gambar di sana.. sbb terformat lappy... sedih...

Nasib baik ada ned.. so layan dkt blog aje...

http://nedlinatalisz.blogspot.com/2009/05/zoom-malaysia-pulau-redang_18.html

Kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditinggalkan lebih 5 jam dalam kereta


July 19, 2013

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.
 Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.
Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. - Bernama, 19 Julai, 2013.

source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kanak-kanak-3-tahun-maut-selepas-ditinggalkan-lebih-5-jam-dalam-kereta

# Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) kepada keluarga zatusy (saya kenal zatusy sebab sama2 menginap di ktf, utm skudai dahulu..) semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.