Klik sini...

Waktu Solat

Sunday, October 10, 2010

Cito den...



Cito den.

Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda .

Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .
Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”


>> Cito nih bkn cito den... den tolong publish jo...

2 comments:

  1. Translation:

    cerita saya..

    pagi tu pagi isnin. emak dan abah saya tak ada di rumah. pegi menoreh getah di kebun. tinggal saya, nenek dan adik yang berumur lapan tahun di rumah.


    tiba-tiba, dapur rumah jiran saya meletup. belanga dan kuali bertebangan di pintu pagar. nenek saya yang tengah kumpulkan kekabu, tergamam. Lalu, lebih segenggam kekabu tersebut dikunyahnya. Saya dan nenek saya bertungkus lumus menolong jiran saya itu. Malangnya, api tersebut sangat marak. Jangankan hendak menolong, hendak dekat pun terasa panas. Tak ditolongkan jiran, kalau ditolong nanti kita sendiri yang dapat azabnya.

    Saya dan adik saya menyangkung di tepi pintu pagar sementara menunggu api padam...


    nnt saya sambung lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. sambung balik..


    ... tak tahu apa la nasib jiran sekrang.. kalau hidup, adalah.. Tidak lama selepas itu jiran pun balik. Rupa-rupanya dia pergi ke tali air, melihat anaknya menangkap ikan.. Penat saya menjerit memberitahu dapur terbakar, tapi tidak diperdulikan. suka sangat melihat anaknya mendapat ikan besar. terasa sakit hati...

    Kemudian, saya pun balik ke rumah. Tidak lama selepas ini, saya terdengar suara jiran menjerit. Baru dia perasan. Agaknya semasa dia hndak masak ikan di dapur, dia tengok dapur sudah hangus trbakar. Kalau dia dtag rumah saya nanti, mahu sahaja saya pukul. puas saya bagitahu tadi.

    itu sahaja cerita sederhana negeri yang saya tengok. itu pun cerita lama. semasa saya kecil. itu pun cerita nenek saya cerita.

    KALAU TIPU LA NENEK SAYA, TIPU LA SAYA...



    Sekian cerita saya... :)

    ReplyDelete