Klik sini...

Waktu Solat

Friday, December 30, 2011

selamat tahun baru... zakat 2011 dah tunai ke belum?

Assalamualaikum...

jangan pulak ghairah nk sambut tahun baru... dengan masa yang berbaki tidak sampai 24 jam nih... cuba2 tanya diri dulu zakat dah bayar ke belum? gaji dah dapat.. bonus pon dah masuk.. bisnes kencang sana sini... aper la sangat kalau nak tunaikan kewajipan ini.. tak banyak.. cuma 2.5% setahun... setelah ditolak perbelanjaan yang dibenarkan...

sebab pendapatan yang diperoleh tuh, ada bahagian yang bukan hak kita... so, tunaikan kepada yang berhak... di samping boleh mendapat rebat atas cukai pendapatan...

Hari ini (31/12/2011) kaunter PPZ WP dibuka mulai 8.15 pagi hingga 8.00 mlm.. ambil la kesempatan pada hari terakhir ini... sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang.. mengambil kesempatan di saat2 akhir nih..

sila ke laman web ppz http://www.zakat.com.my/# untuk info lanjut...



Sumber: PPZ MAIWP..

Tuesday, December 13, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) vs Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Seminggu dua nih sibuk plak bercakap tentang SBPA.. kalau google pasal SBPA pun belum tentu dapat jawapan yang betul.. macam2 andaian yang diberikan oleh blogger.. dengar ceritanyer, yang paling untuk kepada golongan pendidik la.. sebab tak perlu tunggu lama2 baru dpat kenaikan pangkat..

JPA belum officially umumkan pasal SBPA.. katanyer kena bawa ke kabinet untuk kelulusan.. kerana melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada negara... memang pun..

tapi SBPA tuh hanya la option sahaja.. siapa yang nak ajer.. bukan paksaan.. bermakna siapa yang memilih skim ini bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 13%... banyak tuh.. umur pencen pun telah dinaikan kepada 60 tahun... so, fikir2 kan la...


Aper bezanyer SBPA dan SSM?

Sebenarnya diri sendiri pun belum ader jawapan tentang soalan tuh...


minggu nih atau minggu depan akan ader taklimat sbpa kat opis.. so bersabar lah.. dn terus menunaikan amanah yang diberikan...


yang ni plak info yang baru jumpa.. skim gaji baru untuk skim J.. check it out...

SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340
KGT RM145/150

SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555
KGT RM 180

SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140
KGT RM 195
Semoga rakan-rakan skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan tugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.
yang nih plak..

Maklumat untuk skim J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805
KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125

Semoga rakan-rakan skim J akan berkhidmat dengan lebih tekun menghasilkan produktiviti yang tinggi dan outcome memenuhi kehendak pelanggan dan rakyat. -sumber facebook kppa...

info terkini dari laman web jpa... perkeliling sistem skim baru perkhidmatan awam bil. 11/2011 sudah keluar. boleh semak dlm laman web jpa


Sunday, December 4, 2011

Happy Birthday Angah!!

"Selamat Hari Lahir Angah yang ke - 30" masej dari abah pukul 1 pagi tadi...


Terima kasih abah... terima kasih abah sbb ingat birthday angah... Dh 3 series dah rupa2 nye...

Thanks kepada emak n abah kerana telah melahirkan, menjaga dan membesar angah... terima kasih tidak terhingga.. semoga Allah akan memberi balasan yang baik di dunia dan akhirat.. Amin...

Thursday, September 22, 2011

Teka-teki pagi...

Hari2 dengar teka-teki kat radion ikim... terfikir gaks idea nk share teka teki.. lagi pon dh lama x update blog nih...


1. Ape benda yang turun... tak naik2?
Jawapan: Hujan.... cuba tgk hujan tuh turun... then, mana pernah hujan naik...


2. Ape benda yang naik... tak turun2?
Jawapan: Umur.... sebab xder orang umur nyer makin kurang... makin bertambah ader la..

3. Kereta aper yang tak dipanggil kereta...
Jawapan; Teksi la... orang akan panggil "teksi", orang tak panggil kereta teksi... kan...



Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kalau dilipek sebosa kuku, kalau dibontang sebosa alam, kok ilang dichaghi, kok hanyut dipinteh, kok tenggolam disolam, datang bialah nampak muko, kok poie bialah nampak belakang, jauh diimbau, dokek digamit, seuntai salam sejambak kato, doghup bicagho menghisik ghaso. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon maaf zahir dan batin..

Wednesday, August 17, 2011

Mana Mak?

Sekadar renungan..

As-Salam…..
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa per
asaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Saturday, August 13, 2011

Melawat Meor Muhammad 'Ramadhan'

Ini anak buah saya.. Namanyer Meor Faheem..
Semoga menjadi seorang anak yang soleh.. Amin...

Friday, August 12, 2011

Welcome Meor Jr.


Tahniah kepada kakak sulungku diatas kelahiran cahaya mata lelaki pada 12 Ogos 2011 pada pukul 4.00 pagi... semoga dengan kehadiran baby baru akan terus menceriakan kehidupan....


Tak sabar mak ngah nk balik Seremban nk jumper anak buah yang ketiga ni... Di samping berbuka puasa bersama keluarga...



Welcome Meor Jr....

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Life

Dubai Burj Khalifa: Ramadan fast 'lasts longer high up'


A drawback of the high-life?

Muslims living in the world's tallest building, the Burj Khalifa, should fast longer during the Ramadan holy month, Dubai's leading clerics have said.

During Ramadan, Muslims are supposed to not eat or drink between dawn and dusk.

"Burj Khalifa is almost one km (0.6 miles) high, which means people in higher floors can still see the sun after it has set on the ground," Ahmed Abdul Aziz al-Haddad told Reuters.

He said they should break their fast two minutes after those on the ground.

Another Dubai cleric, Mohammed al-Qubaisi, has been quoted as saying that people living above the 80th floor should fast for an extra two minutes, while those on the 150th floor and higher should wait for three more minutes before eating or drinking.

The 828m- (2,716ft-) high Burj Khalifa has 160 floors and was opened in 2010.

The clerics say there are ancient precedents in Islamic law.

Mr Qubaisi said that under such rulings, people living on mountains should also break their fast after those at ground level.

Ramadan began last week.


source: email dari opismate hamba.. :)

Friday, August 5, 2011

Doa Dhuha...


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu waktu Mu,

Kecantikannya, KecantikanMu,

Keindahannya, KeindahanMu,

Kekuatannya, KekuatanMu,

Kekuasaannya, KekuasaanMu,

Perlindungannya, PerlindunganMu,

Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah,

Jika di bumi keluarkanlah,

Jika sukar permudahkanlah,

Jika haram sucikanlah,

Jika jauh dekatkanlah,

Berkat waktu dhuha,

KecantikanMu, KeindahanMu,

KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan,

Kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Doa Dhuha ini sya dapat dari opismate... semoga sama-sama mendapat rezeki yang berkat... mudah mendapat rezeki... insya allah.. amin...

Thursday, August 4, 2011

2D1N Kota Kinabalu only RM178!!


Alamak... murah giler nih.. untuk hari nih ajer... rasa2nyer en hubby kat rumah tu nk layan ker request kali nih... huhu... tapi tak cuba tak tahu kan... kan... betul tak...

banyak betul dugaan masa hujung2 tahun... macam2 promo... tapi yg nih mcm maner narik jugak.. tapi sekali sekala tak per kan en hubby... bukan nyer selalu dpt pg jalan... hehehe...

kalau sapa2 minat la grab this chance.. for today only!!! rugi kalau miss... leh ajak parents... pg ngan kwan2... selamat cuti2 malaysia...


2D1N Kota Kinabalu only RM178!!


Alamak... murah giler nih.. untuk hari nih ajer... rasa2nyer en hubby kat rumah tu nk layan ker request kali nih... huhu... tapi tak cuba tak tahu kan... kan... betul tak...

banyak betul dugaan masa hujung2 tahun... macam2 promo... tapi yg nih mcm maner narik jugak.. tapi sekali sekala tak per kan en hubby... bukan nyer selalu dpt pg jalan... hehehe...

kalau sapa2 minat la grab this chance.. for today only!!! rugi kalau miss... leh ajak parents... pg ngan kwan2... selamat cuti2 malaysia...


Tuesday, August 2, 2011

Murah.. Murah... RM18 instead of RM804 for 2 Sessions of Dorra's Formula for Tummy, Hip & Thigh Treatment at Dorra Slimming, 4 Locations [98% OFF]


Yang nih bukan untuk persiapan raya.. tp persediaan selepas raya.. in case berat badan naik mendadak dan lemak2 yang berlebih gara2 sambutan raya sepanjang syawal (berdasarkan pengalaman sendiri yer!)... so, dorra slimming akan aku serbu lepas raya nih... harga nyer... mmg murah.. RM18.. oh.. berbaloi2... lg satu tempat yang dkt dengan rmh... lg la berbaloi2.. hehe...

so, duduk area klang valley nih, sedikit sebanyak kena tau kat mana nk cari tmpt @ website yang bleh kasi offer services or goods yang murah n berkualiti... next time kalau ader yang menarik insya allah akan dikongsi bersama...


Sunday, July 24, 2011

Al-fatihah buat arwah bapa sahabatku...

Al-fatihah...

Maaf marina.. saya belum berkesempatan lagi menziarahi kamu lagi.. insya allah saya akan menziarahi kamu nanti...

Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan yang beriman... Amin...


Maafkan saya...

Thursday, July 7, 2011

Bicara Rakyat EP5 - PEMILKAN RUMAH : SIAPA UNTUNG ?

Dulu pernah disiarkan program bicara rakyat yang mengupas tentang isu pemilikan rumah dan saya jugak turut tertarik dengan isu sedemikian.. kini isu itu cuba diselesaikan oleh pihak kerajaan..
Info nih diambil dari FB Bicara Rakyat...

Time
Friday, June 3 at 10:00pm - June 4 at 11:00pm

Location

Created By

More Info
BRakyat SS2 EP5 - PEMILKAN RUMAH : SIAPA UNTUNG ?

Isu Pemilikan rumah merupakan satu isu kekluargaan utk memberi perlindungan & tmpt berteduh yg selesa serta selamat. Maka, dengan pengenalan Skim Rumah Pertamaku diharapkan dpat memberi ruang dan peluang kpd rakyat terutama golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah yg berpatutan dan kualiti
Namun, pengenalan skim tersebut adakah mampu memberi keselesaan & mampu milik kpd rakyat utk memiliki rumah idaman? bagaimana dgn syarikat perumahan dan keewangan? bagaimana pula pemilihan lokasi di kawasan - kawasan tumpuan seperti di bandar2 besar? bagaimana pula dgn kualiti rumah yg bakal mereka beli?

ikuti rancangan BICARA RAKYAT, Jumaat, 10.00 malam di TV1.
Hantarkan komentar anda utk dikongsi bersama rancangan ini. Keperhatinan & kerjasama drp anda amat kami hargai, Slmat mnonton, T/Kasih


Nih komen yang saya kasi dalam FB...


yang nih.. susulan dan tindakan keraajaan terhadap komen saya terdahulu...
source: www.thestar.com.my

Prime Minister launches 1Malaysia Housing Programme phase one

Published: Monday July 4, 2011 MYT 3:56:00 PM

PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today launched phase one of the 1Malaysia Housing Programme (PR1MA) which involves the construction of 42,000 houses on 20 strategic sites.

He said eight projects were expected to commence this year and in 2012 on the 20 sites which had been identified in the Klang Valley, Rawang and Seremban.

He said PR1MA was specifically for moderate-income Malaysians earning not more than RM6,000 monthly regardless whether they work with the government, the private sector or self-employed.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak looking at a model at the launch of the 1Malaysia Housing Programme in Putrajaya today. Look on are Minister of Federal Territories and Urban Well-being Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin and Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop(extreme right). - Starpic by Mohd Sahar Misni

"The government is aware of difficulties faced by the moderate-income group who cannot afford to purchase high-priced houses but at the same time not eligible to be considered for the existing low-cost public housing programme.

"The implementation of PR1MA will be of help towards achieving the National Housing Policy's objective to provide sufficient, comfortable, quality and affordable housing," he said when launching PR1MA's first site at Presint 11 here.

The first PR1MA scheme in Presint 11 provides 560 apartment units on 7.6 acres of land.

The prime minister said that under the PR1MA scheme, each unit would be sold between RM150,000 and RM300,000 depending on location and size, and the size of each unit would be between 800 and 1,400 square feet with three bedrooms and two bathrooms.

"The applicants must be first time buyers for the PR1MA scheme and need to occupy the house and they can obtain loan up to 105 per cent from selected financial institutions with a payback period up to 30 years," he said.

Najib who is Finance Minister said that to prevent speculative activities among buyers whose intention was to sell for immediate profits, PR1MA house buyers were not allowed to sell the house within 10 years.

"The government's real goal in implementing the programme is to see the people enjoy better lives by owning their own houses and not to give room for some buyers raking in gains from speculative activities," he said. - BERNAMA

so.. sama2 cari peluang untuk mendapatkan kediaman sendiri... :)

Tuesday, June 28, 2011

All Men Are Brothers - Final Episode



source: www.tv8.com.my


Malam tadi merupakan last episode drama all men are brother... the best chinese drama.. cerita nih merupakan favorite drama en hubby.. awal2 tengok drama nih mmg blur abis... mana taknyer.. ader banyak character n heroes.. mau tak banyak ader 108 heros.. main heroes pon ader berbelas2.. tp yang paling ingat sekali song jiang la.. yang merupakan bekas pegawai kerajaan yang telah dihukum kerana kesalahan membunuh.. (actually membunuh tanpa dan kena fitnah).. kemudian menyertai kumpulan penyamun liangsan.. tujuan menyertai liangsan adalah untuk menegakkan keadilan, mendapat pengampunan maharaja dan penghapuskan amalan rasuah di kalangan pegawai atasan kerajaan ketika itu...


puak liangsan berjaya menghapuskan lanun-lanun lain yang bermaharaja.. akhirnyer mendapat pengampuan daripada maharaja... ending yang sangat sedih apa bila banyak hero2 yang mati.. termasuk song jiang sendiri.. apa bila diberi minum arak yang telah diletakkan racun oleh pegawai2 yang iri hati dan dengki dengan kemasyuran song jiang...

cerita all men are brothers nih merupakan adaptasi daripada novel klasik china... tajuk water margin... ader 70 bab.. dlm drama 80 episide la jugak.. telah translate to lain2 bahasa jugak... bahasa jepun pun ader...



credit to www.tv8.com.my


soundtrack pon sangat best.. ader 2 soundtrack yang best... satu soundtrack ketika berperang... satu lagi soundtrack ketika part sedih atau kematian... kalau dengar lagu dia.. memang layan habis-habisan...


moral of the story cerita nih banyak pengajaran.. terutama keberanian dalam membanteras rasuah, semangat ketenteraan yang jitu, tidak takut mati dan ketaatan kepada raja...


source: www.tv8.com.my

Dari segi jalan cerita pon memang best... gambar best... latar belakang menarik... kalau nk dibandingkan dengan movie / drama yang ada di malaysia.. agak jauh ketinggalan... sorry to say...local director n producer should learn how to direct / produce best movie.. tak perlu nk cari hero terkenal.. or ternama... jalan cerita yang baik dan berkualiti mampu memberi impak sesuatu drama... diselit dengan elemen2 pengajaran.. mampu memberikan suatu kraya yang hebat...



source: www.tv8.com.my

Sunday, June 12, 2011

Hari ulang tahun 2 individu yang paling berpengaruh di bpks...



Masa tengah meeting pagi td, ader org msg... suruh check email... rupa2 nyer ader majlis sambutan ulang tahun "2 individu yang paling berpengaruh di BPKS" kat wadi hadramawt jlan ampang... berpengaruh ker? mestilah.. kalau xder dua orang nih.. kira macam lumpuh la bpks nih.. :)

mak yong yang setia bawak kek... takut dua ekor binatang dlm kek nih melompat2...


opismate ... qahar n mokh (merupakan individu yang berpengaruh aka yg sambut birthday nih)


cake nih sumbangan pihak makcik2 yang ditaja... pikachu n dinosaur tuh mewakili 2 individu 'berpengaruh' hehehe...

happy birthday for both of you... semoga terus jadi orang yang paling pengaruh lagi...


kepada pihak penaja... terima kasih banyak2.. lamb madghout, chicken madghout n fahsa kt sini mmg best...


Monday, June 6, 2011

Saturday Night Fever..

Last week ader cerita kan pasal beli voucher kat Groupon.. ingat tak? ingat tak? kalau tak ingat leh la selak2 balik page yg lama tuh..

Ala.. voucher makan BBQ steamboat kat restaurant sri q thai kat cheras tuh..

2 days before, dh book dh.. sbb plan nk dinner kat sana, merangkap celebrate our 1st anniversary...dh setahun dah... kejap nyer la kan..


tgh tunggu bbq steamboat kitaorang...




me...

tempat yg bersau n luas



kat tepi2 periuk nih untuk bbq.. periuk yg besau tuh leh letak sekali 2 sup.. so, kitaorang pilih sup tulang n tomyam.. mmg best... ader dkt 150 variety food kat sini.. mmg tak mampu nk mkan semua.. amik mana2 yg berkenan kat tekak ajer.. nih kire final touch... masa awal2 x sempt nk amik.. sebb dh lapau... terus serbu ngap2 jer..

see again..


kesudahan nyer.. sbb makan punyer banyak.. tp tangki nih baru 850cc jer.. so, bila mlm sudah nk tido... perut nih tepu sesangt.. kire macam saturday nite fever la gamaknyer..

Friday, June 3, 2011

Bicara Rakyat TV1 : Pemilikan Rumah - Siapa Untung?

Menarik isu nih.. tengah tengok kat TV1..

yerla.. nk bli rumah kt klang valley nih.. tapi harga melampau2.. mana tak nyer.. tak sampai sebulan harga boost sampai 20%.. melampau.. baik kerajaan tak payah perkenalkan skim rumah pertama ku.. bukan menguntungkan golongan pembeli... tapi menguntungkan golongan spekulator atau agent2 yang jual rmh.. konon dengan alasan harga tanah naik..kalau naik pon tak kan la sebulan naik 20%.. agak2 la.. fikirla logik akal jugak..

kalau kita beli rmh rm150k skrang.. sbnar kt dh harga rmh rm90k (2-3tahun lepas) pening2... kalau gaji nih sebenarnyer setiap tahun naik 20% pon ok jugak kalau nk jual rmh harga mcm tuh...

Wednesday, June 1, 2011

Saman oh saman...

Sedihnyer hari nih... oh tidak.. lari bajet lg.. kira bulan nih bulan yang sedih2 ajer.. dugaan2.. banyak betul dugaan pada bulan nih.. bulan nih bil maxis beratus2 ringgit... dh sedih dh.. tambah lg satu.. kena saman plak.. malang tak berbau... biasanyer lepas ajer.. nih gara2 hari ahad pagi.. kereta lenggang atas jalan la nih.. huuhu... salah kan keta atas jalan la plak...

hari nih tiba2 tergerak dalam hati nk tgk www.myeg.com.my.. alih2 ader satu sama hari ahad lepas.. sebelum nih xder la plak instinct nk check saman.. hari ni plak.. alih2 ader satu sama.. terbang melayang RM150 aku bulan nih.. kalau buat open table satu family pon leh makan kenyang2.. ikut mana pon kena redha.. maybe ader hikmah disebaliknyer... hanya Allah yang maha mengetahui...

p/s: rasa2nyer ader lagi tak diskaun macam dulu! pls advise me...











Nora Elena vs Kasih Yang Suci..

Hari tuh first time tengok cerita nora elena.. best2.. kalau terlalu tgk boleh tertinggal plak maghrib ku... so, bila tau cerita nora elena nih adaptasi dari sebuah novel.. terus teringin nk dpt kan novel tuh.. cari punya cari.. first2 call MPH kt mid valley.. suara budak yang comel bagi tau, sori la kak.. buku dah abis stock la.. dh order tak tau bila sampai.. huhu.. kecewa la plak bila adik MPH tuh kasi tau macam tuh..

so, weekend tuh plak ajak hasband pg jalan TAR.. semata2 nk dptkn buku tuh.. sebab x-opismate bg tau dia biasa beli buku kt sana... sama jugak.. kecewa...

finally, berjaya memujuk opis mate bernama mas (bukan nama sebenar), bagi pinjam buku kasih yang suci.. so dengan bangga nyer dpt pinjam.. orang yang merasmikan aka pembaca pertama buku tuh... bangga seh... thanks mas... kalau nk tunggu mas abis baca mau nyer tahun dpt baru dpt baca... sebab lepas mas, ader pembaca lain yang sedang menunggu queue.. mau berzaman baru dpt baca.. kire dpt potong queue la kn...

wlp mcm maner pon.. tetap tak puas hati, sebb baca buku orang.. so, bersemangat nk memilik buku sendiri.. akhirnyer, dpt jugak beli kt internet.. kat website alaf 21... fuh lega.. akhirnyer kasi yang suci berada didalam gengaman... sekarang dh cetakan ke 8.. wow! caya la penulis meen zulaikha.. menghasilkan buku yang best sehingga di dramakan... kalau ader rezeki boleh masuk wayang plak...

tp.. cerita dlm novel ngan drama tv tuh ader lain sikit. maybe penulis skrip nk kena sesuaikan dengan slot2 tertentu... tp hr tuh tgk kat tv pon confuse jugak.. atan ni cina ke melayu? sbb kasi salam.. aduyai... pening2...

walau camner pon.. dua2 cerita pon best... 2 thumbs up!





kasih yg suci dlm plastik lagi...

Monday, May 30, 2011

New electricity tariff - 1st June 2011.

TNB dh revise electric tariff untuk menampung kenaikan cost natural gas dan arang batu.. start from 1st june tnb will imposed new electricity tariff to consumer.. walau bagaimanapun, it has no impact to poor and lower income household... nasib baik bil sama macam dulu.. wlp bgm pun, kempen berjimat cermat mestilah diamalkan.. hehe..

untuk maklumat lanjut.. klik to this website.. http://www.tnbbuzz.com/

Wednesday, May 25, 2011

Klik.. klik..




[47% Off] BBQ Steamboat Buffet for 2 people for RM30 instead of RM56.70 (only RM15 per person). Halal


Pagi2 dah layan groupon... hehe.. sapa2 yg tak tau tuh.. website nih macam milk-a-deal and mydeal.com.. so boleh dapatkn barang /service ngan harga diskaun... i like.. hehehe.. 20%, 50% 70% dll.. macam2 ader.. mau berpinar mata tgk diskaun yg diberikan.. so sy dptkan satu groupon untuk kami berdua...

Sunday, May 22, 2011

Thanks hubby for Tab...


saya suka.. saya suka sangat2.. alhamdulillah.. dpt galaxy tab for our coming anniversary.. yeah2.. lepas nih leh sama2 tab ngan anak buah kt kampung.. yuhuu...

seronok + teruja + bersyukur.. lama la dok idamkan kan tab nih.. lepas sorang2 beli akhirnya.. hubby ku bermurah hati nak belikan.. tp dengan syarat... lepas nih xleh minta apa2.. oook.. baikla.. tak kisah pon xder baju raya.. hehe.. takper sbb dh ader tab raya.. emm.. ader ker tab raya.. n tak kisah pon kena back to back ngan E5 yang dh setahun dlm gengaman berpindah tuan.. tak per.. takpe...

sbb aper teruja ngan tab nih.. sbb pakai os android 2.2 berbanding ngan nokia yang dulu pakai symbian.. mau xteruja.. kalau nk download + install tuh sekejap ker.. then supported full HD untuk video.. waima games pon.. mana xteruja.. kalau nk bandingkan ngan ipad2 tuh.. harga nyer lauh lg murah.. huuhuh...

cuma yg xbest camera 5.0MP n radio pon xder.. huhuhu... tp xper.. yg lain semuanyer ader...

so, i wanna explore my new tab..


Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie - Di Pawagam 19 Mei 2011

Ingat lagi tak drama Nur Kasih yang yang pernah popular beberapa tahun lepas ditayangkan di TV3 dan kini drama Nur Kasih ini telah di filemkan dengan Tajuk "Nur Kasih The Movie"


Nanti sama-sama kemunculannya di Pawagam seluruh tanah air pada 19 Mei 2011

Jom kita layan OST Filem Nur Kasih The Movie ni


Sunday, May 15, 2011

Terima kasih cikgu.. Selamat Hari Guru..

16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut setiap tahun bagi menghargai dan memperingati sumbangan guru..

Tema hari guru tahun ini.. Guru penjana transformasi negara.. begitu besar peranan guru dalam menjana tranformasi negara bagi mencapai negara maju menjelang 2020..

Terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak menaburkan jasa mendidik anak murid menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. tanpa usaha dan keringat guru, mustahil aku berada di sini sekarang.. Terima kasih cikgu!!

Tugas guru sekarang begitu mencabar bagi menongkah arus pemodenan.. Diharap semua guru diluar sana tidak mudah mengalah dan cepat berputus asa dalam mendidik generasi akan datang menjadi insan yang berguna.. tanpa anda, siapa la menteri, doktor, peguam, engineer dll..

Thursday, May 12, 2011

Honeymoon at Shanghai.. Part 3..


Ok.. sambung part 3 plak.. opismate bising.. awat tak letak gambar dlm FB.. dh tuh letak bbrp keping ajer dalam blog.. giler tak puas.. ok.. nih bagi memenuhi permintaan opismate, so kena update lagi beberapa keping gmbr dlm blog...
Bukan tak nk update, tp mood tu kadang2 up and down jugak.. biasa la.. perubahan hormon yang kadang2 susah nak jangka.. especially hormon M... hahak.. ader ker hormon M? wut eva..


oriental pearl tower, shanghai..


so, our van bergerak ke shanghai oriental tower plak.. tower kali nih ader lah tv tower yang tertinggi kat shanghai tuh.. banyak sangat bentuk sphere nyer... tp dinasihatkan.. kalau ader penyakit darah tinggi ker.. lemah jantung ker.. gayat ker (aku la tuh).. toksah la naik tempat cenggini.. seriau tau.. mana taknyer.. pada ketinggian 263 meter.. boleh tgk pemandangan ke bwah.. see through floor tuh... dengan angin yang kuat bertiup ... fuh.... rasa nak melayang2 ajer... rasa macam terapung2... tidak....


tengah tunggu ticket.. aper lagi posing la mana2 yang patut.. (gemuknyer time nih... waktu tengah chubby.. bak kata suami, makan cukup...)


berada pada ketinggian 263m.. (kalau lift rosak... jenuh jugak nk turun.. bertangga-tangga...)


pemandangan dr top floor.. (disebabkan perasaan nih yang gayat nih... dpt tangkap gambar sekeping 2 ajer.. tension plak)


ader orang suruh ambil gambar sambil posing2 kat lantai tuh... cepat2 lari bila tgk keadaan lantai macam tuh.. kukuh ker? takut nyer...

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Lahir..

Selamat Hari lahir adik kecik aka supi yang ker 21st... wow... dh dapat kunci... dah dewasa tau...

Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu kepada emak saya... You are the best mom in the world!!!

Wednesday, May 4, 2011

Honeymoon at Shanghai.. Part 2..

Sambung balik story kt shanghai... kalau nk cerita satu2 mmg 2 hr 2 malam tak abis wlp stay kt sekejap je... kata orang tua jauh berjalan luas pandangan... sebb mcm2 nk share kat sini...

bukan setakat nk share gambar ajer... kalau nk tgk gambar ajer bleh google... lagi cantik2.. dr profesional photographer lg... ai ni amatur ajer... blur2 skit tuh biasalah... tangan tak bedung.. hehehe...


mcm2 isu.. pasal azan.. makan... toliet... attitude... weather.. languages.. oversea withdrawal.. roaming.. tp paling penting kena pandai2 bawak diri dan tawakal banyak2...

pasal azan...
sesungguhnya aku merindui suara azan yang mengejutkan aku bangun dan solat subuh... kalau kat rumah.. speaker dari surau tuh kira-kira 10 meter dari rumah... kalau rasa ngantuk lagi, boleh tunggu satu lagi azan dari surau lagi satu... dekat sini susah sikit nk dengar suara azan subuh.. maybe kawasan hotel yang kami tinggal tu jauh sikit dari surau / masjid kot...

pasal makan..
makan susah sikit kat sana.. tp alhamdulillah... sepanjang kami dekat sana.. dibawa pergi restoran halal.. tapi biasa la.. chinese food.. steam n not spicy.. kalau dh tekak orang mesia, tambahn plak nogori, mestila nk makan masak lomak, nasik lomak n rendang ayam.. so, kena makanan aje apa yang ada... kecian dengan en. hubby... dia mana layan sgt chinese food.. especially chinese tea.. dibiarkan kan ajer terkulat2 chinese tea tuh... payau bebenor kata dia... so, kenala mintakkn coke atau sprite untuk dia.. kalau tercekik nnt lagi parah... satu tin sprite dalam RMB 10.. dlm RM5.. mahal lak ai... kalau kat kalu dah dpt sebotol 1.5 lt dh... tp sebab dah kehausan sangat layan ajer la..

pasal toilet..
paling tak suka toilet kat sini.. xmesra pengguna langsung.. adus.. tak ader paip.. kena la beristinjak cara lain... kire tissue tuh dah standby segulung dlm beg.. in case berlaku masalah yg sukar dijangka... terima kasih perut kerana tak buat hal masa pergi berjalan.. kalau ader kotak aduan / peti cadangan, hendak ajer comment pasal kepala paip.. biasa la.. orang kampung.. dh biasa dengan air paip yang melimpah2..

pasal languages..
orang shanghai.. cakap cantonese... yang aku cakap melayu.. comfirm macam ayam ngan itik.. tapi nasib baik kalau ader sesetengah penjual yang pandai cakap english.. so, paham la.. kalau dia cakap cantonese... alamat terus keluar tanpa sebarang urus niaga.. alahai..

pasal oversea withdrawal..
so, tak payah risau nk kena bwk cash byk2.. nasib baik maybank ader facility macam nih... senang.. before pergi sana... kena apply that facility to maybank.. then, maybank akan allow kan guna facility tuh.. so, cucuk ajer kata mana2 atm yang ader symbol Plus, Master or Visa.. rm12 will be deducted every successful transaction.. memang mudah... yang penting kena ader duit yang mencukupi dalam atm card tuh.. kalau ader card credit pon senang... tp klu nk pg shopping kt kedai ala petaling street tuh, tak kan la pakai card credit kot... agak2 la...

pasal roaming...
sebelum nk fly tu.. jangan lupa nk active kan roaming.. kalau maxis.. dail 123 ajer.. cakap ngan operator... minta activekan roaming... so, nnt senang.. nak call atau sms.. any emergency ker.. kan.. kan.. lesson learnt dari trip nih... sbb ader team member tiba2 hilang dr group... tak tau nk cari kat mana.. dh la tempat tuh ramai orang... tak kan la nk jerit2.. so, call dia bagi tau dkt mana... senang kn.. charge pon buleh tahan jugak.. tp reasonable la.. rm3 per minute.. atau rm1 per sms... kalau nk cari public phone.. alamat sampai malm baru jumper kot... dinasihatkan supaya tidak mengaktif kan data service.. mak ai mahalnyer.. rm1 bg 10kb... rugi2... unless kalau subscribe data package.. maybe lagi murah...

pasal weather..
dh check kat internet, weather kat sana.. nasib baik suhu dlm 20 lebih ajer... macam mesia jugak.. kalau tak mau 3-4 lapis baju kena pakai.. biasa la... org tak tahan sejuk.. kalau tido kat mesia pon 2 helai comforter... nih kan pula kat sana... huhu.. .

attitude..
yang aku suka kat malaysia nih... orang malaysia nih murah dengan senyuman.. kt sana agak mahal.. kena bayar kot kalau nk suruh senyum... tp yang aku puji kata sana.. sana bersih... tak ader sampai.. nk tgk sampah kt tengah jalan tu susah sikit.. kalau kt malaysia, kecian cleaner sini aku tgk.. baru ajer sapu.. dh ader sampah... memang mentality pasal sampah dkt malaysia ni masih dibelakang agaknyer...







Tuesday, May 3, 2011

Honeymoon at Shanghai.. Part 1..

Dalam lama betul biarkan blog ni sepi ajer... macam tak bertuan... kalau tanah nih, dah lama jadi lalang... tak bertebas... sampai tak perasan siapa punya tanah... :)









Keh... keh... nih bukan honeymoon sebenarnyer... tp sekadar menyibukkan diri... hehehe.. kebetulan hubby ader visit kat sana... so tumpang la kedua2 kaki pg sana... orang kata, rezeki org dh kawen agaknyer... kalau masa single dulu... maybe mimpi ajer kot nk pergi shanghai... mungkin ini berkat doa orang tua n mak mertua agaknyer... dapat la tengok2 tempat orang...











flight took around 5 hours to shanghai.. sampai ajer pudong airport... teros ajer city tour.. jarak perjalanan dr airport ke bandaraya shanghai dlm 55minit ajer.. pastu berenti kat SWFC (Shanghai World Financial Center).. walaupun tingginya cuma 492m, but it's the highest observation deck in world... lebih 22m dari Bruj Khalifa, Dubai...










walaupun tak setinggi burj khalifa.. kaki nih tetap gigil bila berada dkt atas nuh... seriau... tp best.. pengalaman... elevator yang bawak kami naik atas tuh... mmg tip top la.. maner tak nyer tourist guide tuh bleh letak syiling 1 yuan secara menegak.. just imagine... syiling tuh tak jatuh pun! senyap! padahal dh laju dah...





opposite SWFC nih... ader satu lagi tower.. Jin Mao Tower.. bangunan yang menempatkan pejabat n hotel.. tp tak berpeluang nk naik tower tuh.. tak tinggi sangat cuma 420m...



walaupun dibenarkan naik pada ketinggian 474m... tp dapat jugak tengok view of shanghai.. dapat tgk oriental pearl tower.. menara tv.. bentuk bulat2 tuh... skyscraper nih mengadap dengan huang pu river..






nih salah view pulak... kereta macam semut ajer bila tengok dari sini... bersusun-susun... bangunan sekeling pulak macam lego ajer... besar betul imaginasi nih.. hehehe...








Thursday, March 24, 2011

Pesakit mental penagih dadah di Kedah meningkat

24/03/2011 3:08pm


ALOR SETAR - Pesakit mental di kalangan penagih dadah turut meningkat di Kedah, kata seorang pakar perubatan.

"Pesakit mental yang disebabkan oleh pengambilan dadah semakin meningkat setiap tahun dan golongan remaja dan dewasa adalah yang terbanyak menghidap penyakit mental disebabkan pengambilan najis dadah,” kata Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Dr. Ahmad Rasidi M. Saring.

Beliau berkata, pengambilan dadah adalah antara faktor yang menyebabkan seseorang itu mendapat sakit mental selain faktor persekitaran, faktor individu itu sendiri dan faktor kesihatan diri seseorang.

Beliau berkata, ada juga penjawat awam yang mendapat rawatan mental tetapi mereka masih boleh bekerja seperti biasa. - Bernama


Sumber: http://www.kosmo.com.my