Perdana Menteri berkata pada peringkat permulaan, 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek PPA1M di Putrajaya pada harga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
“Kakitangan awam hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya. Pembeli akan ditentukan menerusi cabutan undi di kalangan mereka yang layak supaya proses pengagihan dilakukan secara adil.
Undian pusingan kedua
“Kalau tidak berjaya kali pertama kita akan adakan undian pusingan kedua supaya tiada yang terkecuali, khususnya kakitangan awam yang sangat memerlukan rumah bermutu dengan harga mampu dimiliki,” katanya.
Serentak pengumuman itu, projek PPA1M di Putrajaya dimulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, yang dibuka untuk jualan kepada semua kakitangan awam dan badan berkanun.
Majlis pecah tanah di Presint 17 dihadiri lebih 2,000 penjawat awam. PPA1M adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam di bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Kerjasama awam-swasta
Projek perintis PP1M di Putrajaya itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta membabitkan SP Setia Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd atas tanah milik kerajaan yang membolehkan kos pembangunan dikurangkan sehingga 10 peratus, sekali gus mengurangkan harga rumah.
Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang PPA1M yang boleh dimuat turun daripada laman web PPj di www.ppj.gov.my atau mengambilnya di kaunter PPj.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke kaunter PPA1M di kompleks PPj, sebelum jam 5 petang 9 Mei ini.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PPA1Mbantupenjawatawambelirumah/Article/
No comments:
Post a Comment