Klik sini...

Waktu Solat

Tuesday, May 21, 2013

Presiden Airod dahului penerima darjah dan pingat kebesaran Perlis

May 17, 2013
 
KANGAR, 17 Mei — Presiden Airod Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Johan mendahului senarai 207 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun ke-70 keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, hari ini.
Ahmad menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Turut menerima SPMP ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Senarai penerima itu diumumkan Menteri Besar Perlis Azlan Man di sini hari ini.
Pengarah Corporate Client Solutions, CIMB Investment Bank Bhd, Syed Mashafuddin Syed Badarudin Jamalullail, adalah penerima tunggal darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Sebanyak 10 penerima darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Mohd Zaki Abdul Wahab, Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron, Panglima 5 Briged, Brig Jen Datuk Ranjit Singh Ramday, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Omar Osman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Turut menerima DPMP ialah Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd Fazli Osman, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Abdull Rashid Saad, isteri bekas Menteri Besar Perlis Datin Seri Asiah Asmuni, Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Mohd Najib Abdullah dan Country Managing Partner, Ernst & Young Malaysia Level, Abdul Rauf Rashid.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) USM Prof Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal adalah penerima tunggal darjah Dato’ Paduka Tuanku Syed Sirauddin Jamalullail (DPSJ) yang juga membawa gelaran Datuk.

Dua menerima darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Penasihat Penerbitan Pekan Ilmu Publications Dr Rahman Shaari.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya adalah penerima tunggal darjah Dato’ Bergelar yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja.

Sementara itu, Kolonel Logistik Markas Medan Tentera Darat, Kol Mohd Norbi Ismail, adalah penerima tunggal Setia Mahkota Perlis (SMP) manakala 13 orang menerima Seri Sirajuddin Perlis (SSP) termasuk Pengarah Perhutanan Perlis Ridzuan Salleh, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin, dan penguambela dan peguamcara Jamil Mohamed Shafie.
Sebanyak 18 orang menerima Ahli Mahkota Perlis (AMP), 23 menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), tiga menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 54 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 62 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 16 menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL). — Bernama

#Tahniah kepada PK CKE atas gelaran yang diberikan...

Thursday, May 16, 2013

Alamak!!

Kenapa jadi isu pulak.. kalau ini benda yang baik...


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/14/jakim-project-upsets-nature-lovers/

Friday, May 3, 2013

Pilihlah calon2 yang terbaik bg pilihan raya pru ke 13..

kalau masa nk nikah dulu.. mesti ramai yang lakukan solat istikarah... mohon petunjuk kepada allah supaya ditetapkan hati dan dipermudahkan utk membuat pilihan calon suami atau isteri... Dan...


Kalau tak pasti atau tak yakin siapa yang akan dipilih sebagai wakil rakyat utk pru ke 13 pada 5 mei 2013...


berikut adalah saranan...  buat solat istikharah.. mohon petujuk kepada Allah...


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


serahkan segala urusan kepada allah dan yakin dengan pilihan. insya allah...


selamat menunaikan tanggungjawab... 


saya sayang malaysia....