Klik sini...

Waktu Solat

Thursday, November 29, 2012

Rindunyee nk tulis blog...

Rindunyer nk tulis blog... tp sikit masa lg baru leh up date...

Sebab tuan tanah sedang sibuk ngan big2 event sekarang nih... big event ker? agak nyer kot... windu kt semua pembaca blog yang setia.... :)

Thursday, October 11, 2012

Kisah sebuah pen drive...

Hari ini kira tamat la riwayat hidup sebuah pen drive...

Minggu lepas, pening gaks kepala sebab pen drive tak bleh nk buka... sbb drawing2 penting untuk tender tak boleh nk buka.. staff plak bercuti... berpuluh2 kali try dkt desktop.. tak boleh jugak.. malfunction... error...


akhir sekali.. terpaksa mengorbankan sebuah pen drive bagi recover semua data...


alhamdulillah... berjaya juga recover data... tapi hasilnya... tamatlah riwayat sebuah pen drive..
tapi nasib baik.. pen drive nih pun dpt free dari supplier masa M&E exhibition last June.. so tak ada la keciwa sangat...

Monday, October 8, 2012

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!


"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.
Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.
Lihat wajahnya semalam ...
Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.
Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 
Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 
Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.
"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.
Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita ditanggungnya.
Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.
Selama ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes jenayah bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat. 
... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.
Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.  
Jika saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh terdekat. 
Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.
Pembaca budiman ...
Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.
Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.

Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.

Salam.

SILA HEBAH DAN KONGSIKAN ENTRI INI DI FACEBOOK

 source: http://www.mazidulakmal.com/2012/10/dont-die-on-me-kamal-affandi-hashim.html

Wednesday, October 3, 2012

MyEG yang mudah...



Jimat masa..

Jimat tenaga...

Jimat duit...


Dah cukup sebab kenapa tahun nih still lagi menggunakan service my eg... tak perlu queue panjang2.. amik nombor kat pejabat pos atau jpj... no need bring vehicle registration card.. just a copy of registration card for our reference..

kalau bertahun-tahun sebelum nih, akan dapat reminder from insurance agent to renew road tax.. terpaksa bayar service charge yang tinggi dan terpaksa juga membayar delivery charge yang tinggi jugak.. bukan nyer boleh dapat road tax on the spot.. selepas beberapa hari baru dpt road tax kat tangan...
 
tahun nih dah tahun ke-2 menggunakan myeg service... memang convenient..
a month before expiry date dah dapat reminder and call from myeg... dia akan hantar quotation.. so, pls check before proceed any transaction... make payment using online banking or credit card...  print the receipt of payment in digital format... send the receipt to the agent.. pls state the delivery address and contact no... the myeg staff akan call balik for conformation the information... insurance policy akan dihantar through e-mail.. so, print for reference...

any assistance just call customer service..


within 8 working hours road tax dah sampai dekat tangan... senang betul.. then, free delivery.. tp tak pasti la kalau outside klang valley macam maner.. have to look the term and condition la..

lagi satu, dapat pula rebat untuk road tax... dlm rm 12... kalau pakai conventional system mesti lagi banyak la RM RM yang akan dikeluarkan...

so, tak perlu nk beratur... just browsing http://www.myeg.com.my/ for more details..

 

Tuesday, September 18, 2012

Kisah Natrah... Kisah Dunia...




Cuti Hari Malaysia, 16 September 2012 masa terbaik nk baca buku sejarah... Kisah Natrah... semangat patriotik tiba2 rasa membara plak.. dh lama tak baca buku sejarah.. last sekali pun sebb nk ambil paper sejarah spm.. itu pun sebab terpaksa.. luckily dpt jiran cube kt hostel sebelah yg superb pasal sejarah.. pasal ayah dia cikgu sejarah.. so, belajar secara langsung dengan anak cikgu.. hehehe.. sib baik dpt a1.. kalau tak mesti memalukan sekolah..

kalau masa form 4 dulu selalu fail sejarah.. biasa la.. sejarah peradaban dunia.. especially bila belajar pasal revolusi perindustrian di barat..

thanks pada office mate sebab sudi pinjamkan buku natrah.. actually dulu pernah heboh natrah datang malaysia... buku kisah natrah diterbitkan... but i don't bother pasal tuh pun... sehingga la last week semasa tengah berkemas kt office, tiba2 buku nih jatuh dr kabinet.. macam interesting aje tajuk nih.. cinta.. rusuhan... air mata...

sikit2 pasal buku nih... banyak cerita pasal latar belakang natrah... kisah natrah di bawa dr bandung ke kemaman, kisah di singapura, natrah berkahwin dengan mansor adabi.. berlaku rusuhan yang dikenali sebagai tragedi natrah.. berlaku rusuhan antara pihak yang dijajah dan penjajah.. nasionalisme... semangat cintakan agama dan tanah air...kisah natrah di bawa ke belanda... kisah natrah di US dan kisah natrah semasa dtg ke malaysia untuk melawat saudara angkatnya di kemaman..

kisah ini perlu dijadikan teladan dan iktibar agar kisah ini tidak berulang... sentimen atau isu2 sensitif berkaitan agama, bangsa dan negara tidak perlu dibangkitkan secara melampau sehingga berlaku pertumpahan darah... hormat menghormati antara masyarat berlainan agama dan bangsa perlu diterapkan sejak dari awal... dari peringkat sekolah... supaya tak wujud golongan2 pelampau...

kisah natrah...biarlah Allah sahaja yang mengetahui isi hati dan keimanannya.. kita sebagai hamba tidak layak untuk menghukum... jadikan pengajaran...

credit to author pn fatini yang sanggup travel beribu2 batu untuk mendapatkan maklumat berkenaan kisah natrah... dan credit bt cik su opis mate sebab kasi pinjam nota sejarah ini...

#two thumbs up..

Cendol KP




Tempat wajib kalau balik kuala pilah... mesti singgah makan cendol dekat bas stand pilah... dulu kedai kecik.. kalau nk makan port yg baik duduk belakang.. mengadap sungai.. skrg tidak lg sbb dh ader proper seat dh.. masa kecik dulu harga cendol 60sen.. skrang dh rm1.50... tapi rasa memang terbaik... sebb semuanya resepi asli.. santan kelapa dan gula kabung... terbaek... my favorite is cendol kacang merah.. tp dh abis... so order cendol jagung... licin...


kalau makan cendol, tak lengkap kalau tak beli apam balik dkt kedai paling hujung skali... makan panas2.. sedapnya.. dulu hr apam balik dlm 60sen sekrng dh rm1.20... wlp pun hrga dh mahal.. tp berpadanan harga dgn rasa dan saiz...


kuala pilah... memang banyak kenangan.. walaupun pertumbuhan perlahan jika nk dibandingkan dengan kl... tempat membesar... sekali sekala balik kuala pilah, akan singgah rmh uwan, lalu kubur arwah adik... lalu masjid pilah, pekan pilah... hospital pilah.. teringat waktu2 dulu....



Monday, September 17, 2012

Free Legoland Ticket...


source: http://www.thesundaily.my/news/231161




Nak dpt tak Legoland ticket secara percuma... kalau nk join la contest ni.. no purchase required... untung2 dpt season pass.. mau tak? saya mau...

kalau nk tau detail terus ajer pg web site http://www.maybank2u.com.my/ for detail... contest berakhir 30 september 2012.. nnt boleh ajak orang kg pergi sekali kan..

Sunday, September 16, 2012

Tahniah Cik Shikin...



sorang dh sudah.. sorang lg coming soon..

Tahniah Cik Shikin.. akhirnya selepas 12 tahun berkawan, sekarang sudah bergelar tunangan orang... berdarah manis sekarang ni... semoga disusuli dengan ikatan perkahwinan...

Sekejap betul masa berlalu, dulu masa kecik2 main sama2.. tup.. tup dah bertunang dah.. lepas nih dh nak nikah.. lepas tuh beranak plak...



Saturday, September 15, 2012

Tahniah Puan Haiza...


Tahniah2... Tahniah2... Bt puan haiza n suami tersayang... selamat diijab kabul dan menjadi pasangan suami isteri yang sah.. pasangan pengantin ini dirai di kampung kudur hilir, pedas...

Sekarang tinggal sorang lagi best friend.. yang solo... nampak nyer lepas nih kena mintak cuti wedding dia.. sebab dia nk kenduri hari isnin... tak kisah pon... sebab bukan nye nk buat kenduri seminggu!! dan kena apply seminggu!!

gambar kat atas nih... gambar paling xsuka... sbb tuan tanah nampak gemuk sangat... ini bukan super impose atau camera trick... nih gambar 29 syawal... bukannyer nyer 29 ramadhan... haruslah gemuks...

semoga pasangan pengantin yang cantik ini bahagia hingga ke akhir hayat... amin... harap persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.. amin..


# tema songket purple juga!!

Saturday, September 1, 2012

Tahniah En. Qahar...


Kak anis, izan, yana n tuan tanah..






Agak2nya tema janji ditepati nih sudah tidak relaven untuk digunakan dkt rakyat malaysia... sebb janji dengan 2 orang x-opis mate pukul 1.. alih2 masing2 xsampai2.. terpaksalah makan sorang2.. lepas tuh baru sorang2 dtg.. sabar ajer la.. kata nya confuse antara royale bintang damansara n mutiara damansara... kan invitation card dah ada.. apa guna nya kan... siap ada gps coordinate.. aduyai...

Tahniah En. Qahar n Wani.... Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..

Thursday, June 14, 2012

sharing is caring

Pagi tadi baru je lepas ceramah agama oleh Dato' Ustaz Hj Daud Che Ngah... siapa tuh? kalau tak salah dia nih pengerusi Andalusia (syarikat yang menganjurkan pakej haji dan umrah) dan bekas pengurus besar bimbingan haji lembaga tabung haji...Ustaz Daud dijemput semperna sambutan Israk dan Mikraj di office...

Ustaz ada sebut...
Rajin2 berderma dan berbuat kebaikan... sebab satu amal kebaikan, dilipat gandakan pahalanya sampai tujuh ratus kali...

Dato' Fadzilah Kamsah pun ada sebut dlm CD dia..
Kalau kita bantu orang lain utk capai apa yang diimpikan, Allah akan bantu kita dengan jalan yang tidak kita sangka..

Robert Kiyosaki ada sebut dlm buku Retired Young Retired Rich...
Kalau nk berjaya... Kenalah bermurah hati..

Kepada semua blogger.. Pada Hari Jumaat yang baik dan mulia ini, sama-samalah berazam dan membantu orang yang memerlukan... Pesan untuk diri sendiri juga, agak menjadi hamba yang lebih baik... Sharing is caring...

Sharing...

Seronok baca blog2 orang lain... awesome.. emotional... wlp di alam maya tapi selalunya bila baca blog org lain tuh... mcm boleh rasa perasaan orang tu mcm maner... jujurnya... kalau cerita dibuat2... feels nothing... kosong.. cepat meluat..

Siapa kata blogging tu buang masa? kadang2 orang tak tahu aper yang kita rasa... sometimes, sesuatu tuh tak bleh nk bagi tau face to face... so tulis dkt blog senang... tapi tak kisah la sama ada nk publishkan atau just save as a draft utk tatapan sendiri... semua tuh consider therapy.. yang penting diri sendiri tahu macam mana yang terbaik untuk diri sendiri..

Ayat tergantung....

Monday, June 11, 2012

Anak Kampung - Jimmy Palikat...

Huh.. Layan giler jap dengar lagu2 nih.. Actually this song is not my favorite song and not even to promote this song, but only to share with bloggers sekian alam... Lagu nih tak ader kena mengena sama ada orang hidup atau pun org yg meninggal dunia.. Disebabkan hari2 dengar lagi ni dkt office, tapi xtau la plak stesen mana yang mainkan.. yerlah waktu pagi mesti ader sekali.. tgh hari skali.. ptg skali.. at the end, i already immune with this song... so layan ajer lah...



http://www.youtube.com/watch?v=7rvYOXNnHGA
(actually nk uploadkan, tp line agak kureng sikit.. so klik jer la.. next time try upload..)

source: www.youtube.com


Nah layan dengan lrik sekali... (source: google.com jugak) ~ bukan tak mo menaip sendiri.. tapi seharian jari digunakan di office...so, jari nih dh malas2 sikit nak menaip...

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain


Monday, June 4, 2012

2 years already...

Alhamdulillah... dh 2 tahun rupanyer... kejap sungguh masa berlalu.. terima kasih Allah... dipanjang usia dan jodoh kami... tanpa redha dari Mu, mustahil dapat kami melayari bahtera ini.. pahit dan manis dalam menempuhi alam ini sama2 ditempuhi... tipu kalau xder pertikaman lidah... tipu kalau xder masam muka... tp sama2 ambil ikhtibar atas sesuatu yang berlaku... memang.. kita nih manusia biasa... hanya merancang.. tp, setiap perancangan mestilah disusuli dengan doa yang tidak pernah putus2 kepada Allah..

Ya Allah... Aku memohon kepada Mu kesudahan yang baik untuk KAMI...

Thursday, May 31, 2012

Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.

Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak

Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.

Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?

Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.

Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.

Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.

Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

SAIFUL NANG

* Anda boleh share jika anda rasa ia perlu. Terima kasih

Monday, May 28, 2012

MRTA vs MLTA

Kalau nk tau perbezaan antara MRTA & MLTA klik ajer kat web nih...

yang ni pun ada dlm BM... klik kat sini...

Saturday, May 19, 2012

Want McDonalds / MPH / Jusco / KFC Free Voucher?

Sapa nk free voucher for McDonalds / MPH / Jusco / KFC dll? Cer angkat tangan.. so, aper lg join la mysurvey.com then answer few questionnaires given... just collect points and redeem for free voucher... that's it... senang ajer.. so aper lg... jangan tunggu lama2.. drp buang masa surfing internet ajer, jawab jer survey yang tak berapa amik masa sangat nih..


http://www.mysurvey.com.my

HAND... sharing is caring...

Thursday, May 17, 2012

S&P Lawyer...

Nih bukan nak promote, just sharing the info.. Kepada bakal pembeli rumah, tak kira la baru, sub-sale atau auction dan tengah browse nk cari lawyer, saya ader satu lawyer firm yang boleh tolong uruskan pasal S&P, gadaian, deed dll yang berkaitan... khidmat yang friendly dan kalau tak faham pihak lawyer akan explain lagi sampai kita faham...

Source: http://www.malaysianbar.org.my/legaldirectory/mfirmdetail.php?fid=1437

Sebab apa saya nk share the info, sbb sebelum ini dok cari2 jugak lawyer yang boleh bagi service yg baik dan tidak menyusahkan. sebagai pengguna, kita bayar lawyer ini untuk dapat service yang baik, kalau service lembab, mcm maner kita nk recommend pada orang lain... betul tak?


Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku di PWTC

27 April - 6 Mei 2012... Ada pesta buku di PWTC.. macam tahun lepas pun pergi juga pesta buku nih.. ada mcm2 buku... nih pun last minute planning... plan awal pagi nk melawat ibu mertua ku.. tp disebabkn tuan punya badan tak ader kt rumah.. so, change to 2nd plan.. pg pesta buku.. dek kerana ramai betul umat manusia kat sana.. hanya dapat singgah kt dewan tun ismail, pwtc ajer.. jenguk majalah kat sana... sempat la capai 2-3 buah majalah... kalau ikutkan pasal buku sanggup ajer sampai 2-3 jam lg... so, next time boleh pg lagi...


Impiana, majalah i dan PC..


terima kasih en suami sbb sanggup sama-sama menapak dari tempat parking yg jauh..

aktiviti beli2 disudahi dengan makan2.. dah tak hirau sangat dah org yg tengah tgk buku2... asalkan perut diisi dulu..

Thursday, May 3, 2012

Al Fatihah Untuk Bob Kuman..






Al-fatihah untuk arwah Bob Kuman atau Husni Rawi yang telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tuesday, April 24, 2012

Ada apa dengan Galaxy Note...

Hari minggu.. hari jalan2... merehatkan minda yang penat... so, last week ntah macam maner leh dtg la idea nak pg courts.. bkn mahkamah la.. jgn salah anggap... kalau dulu, di kenali sbg courts mammoth... tp maybe flyers yang diselitkan dalam news paper pg td telah mempengaruhi... n ajakan adik ipar n family menyebabkan terus on jer...

saja jer survey2 gajet2 terkini... galaxy note n new ipad... alih2 tengok ader kartunis lukis caricature guna galaxy note.. macam kat dalam iklan tuh...free la tuh... aper lagi.. sebat ajer lah... hehe.. just tayang muka yg tak berapa nk cun nih ajer... hehehe.. then tau2 ajer siap...
cekap plak tuh... bila dia signature.. baru tau.. yg dia nih rupe2 nyer bekas kartunis ujang.. nama dia duku... patut la terer..






lukis pakai galaxy note ajer.. no paper.. no pencil...



hasilnyer... tara... bestkan... tp aper sal mata tuh ader kecik, ader besar..




Sunday, April 15, 2012

Musim Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan 2011

REMINDER: 30 April 2012 merupakan hari terakhir penghantaran borang e-filing... kalau masih tak submit lg cepat2 la google https://e.hasil.gov.my/ untuk mengisi borang secara on-line.. senang... jimat masa... dinasihatkan jangan submit last minute.. buatnyer server jam... tak ke haru...


Selamat Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Malaysia... Lagi cepat submit.. lagi cepat dapat refund... :)

Thursday, March 22, 2012

Keputusan SPM 2011...

Tahniah kepada adik2 yang berjaya mendapat result A plus plus... Kepada adik2 yang tak dapat A tuh... jangan kecewa dan putus asa.. sebenarnya bukan penamat dalam hidup pun... sebenarnya kegagalan ini, kadang2 pencetus kejayaan kita akan datang...

Ingin berkongsi cerita dengan tokoh terkenal dan berjaya... kalau kat malaysia nih mesti kenal tokoh syed mokhtar al-bukhary... tahap pelajaran tidak tinggi.. cuma spm... tetapi berkat doa dan kegigihannya, dia berjaya menjadi seorang tokoh islam yang boleh menyumbang utk agama, bangsa dan negara... itu sungguh mengagumkan...

kita seharusnya bertuah dilahirkan di malaysia... sebab peluang pendidikan yang diberikan adalah sama.. dari pelajar yang cemerlang hingga pelajar yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang.... sebabnya, pelajar yang cemerlang boleh meneruskan pelajar di universiti2 dan kolej... manakala pelajar yang kurang cemerlang, boleh meneruskan pelajaran di institut kemahiran, kolej2 komuniti, IKBN, ILP dan giat mara... siapa kata usaha kita akan terhenti di sini sahaja..

wahai para ibu bapa... jangan menyalahkan anak2 jika keputusan mereka teruk dan tidak memuaskan hati... ketahui la masa mereka belajar dulu pun mereka bukan yang cemerlang jugak... mungkin ada faktor luaran yang lain yang menyebabkan anak2 tidak dapat menjawab dengan baik... ibu bapa kena sama2 renungkan...


jadi, kegagalan hari ini bukan kegagalan selama-lamanya...
maka berusaha mencorak masa depan yang lebih baik... insya Allah...

Friday, March 16, 2012

Hari yang indah...

Dah lama tak update blog... malas sungguh rasanyer dan bz yg melampau sejak kebelakangan nih.. kejap ON... kejap OFF...

hr nih update sikit blog nih..


skrang isu sbpa yang hot tuh dah pon senyap... SBPA dah dimansuhkan... PA bakal menikmati kenaikan 7%-13%... sekarang kebanyakan PA dh congak2 dalam kepala brp arrears yg bakal dinikmati... oleh yang demikian, PA wajar la menunjukkan komitmen yang baik dan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab bagi membalas jasa kerajaan... betul tak? walaupun mungkin nilai nya tak besar kalau nk banding dengan org2 yang berniaga sendiri n gaji2 ceo ke, tapi nih jumlah tu amat bernilai kalau nk dibandingkan dengan orang yg tak ader pendapatan langsungkan... so, bersyukur la.. kadang2 kita kena tgk jugak orang yang kt atas, supaya kita bermotivasi.. tp kita tak boleh jugak lupa orang yang berada dibwh untuk kita sama2 renungkan dan membantu... biar ade check n balance...

hari nih memang indah sungguh.. sebb hari yg ditunggu - tunggu.. selain dari hari ahad... hari utk berehat... 5 hari bekerja, memang memenatkan... ditambah dengan macam2 masalah yang perlu diselesaikan.. seperti kata pengarah saya dulu, dalam hidup ini kena seimbang... ada masa untuk bekerja / belajar, ada masa untuk beribadah, ada masa untuk diri sendiri /keluarga dan ada masa untuk bermasyarakat.. baru la seimbang... kalau kerja sepanjang masa pun xguna... badan letih... xcukup rehat... hasilnya tak produktif... so, nikmati dan gunakan masa sebaiknya.. minda kita yang kena dominan dan kena bagi signal2 yg positive kepada anggota baru kita boleh menghasilkan result positive...


ok.. sharing is caring...

Tuesday, January 31, 2012

fyi....

characters and words that are commonly use in text massages....

#= number
@= at
n = and
?=what
2moro= tomorrow
4get=forget
attn= attention
b4= before
bc (bz) = busy
btw= by the way
btwn= between
dnt= do not
dsnt = does not
fyi=for your information
hi= high
msg= message
pls= please
til = until
tnx = thanks
tq or ty=thank you
text= text
thru= through
ur= your, you're
w/ = with
w/c = which
w/o = whithout
y = why
asap = as soon as possible
2day = today
2nite = tonight
coz= because
c u = see you
ppl= people
r u ok = are you ok
soz = sorry
TTYL = talk to you later
xlnt = excellent
SOL = sooner or later.
PCM = please call me
HAND = have a nice day
KISS = keep it short n simple..


source of pic: mr google

c u 2moro... ty... HAND.... sharing is caring...

Rileks jap...

Tarik nafas.... in..... out...... in.... out....... in........ out..........


kan best... kalau time2 macam nih ader plak duit turun dari langit.... dari kerajaan langit ker? bleh pg shopping... tp xyah turun banyak2.. janji dpt beli 2-3 handbag dan 3-4 pasang kasut.... cukup la... kalau byk2 nnt xder space plak nk letak kat rumh... kan... kan....


ini namanyer angan2 mat jenin... tak logik kat akal langsung....


tetapi nih semua sekadar nk release tension n penat... mana tak nyer... hari nih, kira menggunakan waktu kerja dengan sebaiknyer, aper tanya... pg settlekn pasal tender... petang meeting... terkejar2... mau kurus jawab nyer... (macam la hari lain xkerja)...


tp x per.. besok boleh rehat puas2... semperna hari wilayah yang disambut 1 februari stp tahun...

so, selamat hari wilayah kepada warga kl, putrajya n labuan..... selamat bercuti....

tengah fikir2 aper aktiviti yang best.. skrang ni dkt galeri pameran planetarium negara tgh bt promotion... masuk percuma... ok gak kalau luangkan masa cuti pergi jalan2 menimba ilmu Allah yang Maha luas...